Wednesday, July 24, 2024

Creating liberating content

Kecoh Di Twitter Guru...

PETALING JAYA - Selepas tular kisah gangguan seksual terhadap doktor pelatih di sebuah...

Gambar: Sut Yang Tidak...

Hah, ini bukan sut yang biasa anda lihat taw.Ini kerana sut ini bukanlah...

Axon Watch – Jam...

ZTE baru-baru sahaja membawakan telefon pintar dibawah keluarga Axon pada minggu lepas, terkini...

Peniaga Di Kawasan Banjir...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan merampas sebanyak 987 produk makanan yang telah tamat...

Tuah Warga Emas Dipelawa Ke Konti Radio

MINGGU lepas, Bill yang berusia 95 tahun telah menghubungi Radio Solent dan bercakap dengan juruhebah Alex Dyke disebabkan dia berasa sunyi.

Keadaan itu menyebabkan pendengar berasa simpati dengan Bill dan tanpa disangkanya, dia telah dijemput oleh Dyke untuk muncul dalam rancangan berkenaan.

Bill yang merupakan pendengar setia radio terbabit kemudiannya bersetuju dan radio itu kemudiannya menghantar teksi ke rumah Bill bagi menjemputnya ke situ.

Ketika menceritakan mengenai kehidupannya, Bill berkata dia telah mengahwini Sheila, pada 2 Jun tahun lalu ketika Sheila berusia 95 tahun.

Mereka berdua telah berkawan selama 30 tahun dan selepas suami Sheila meninggal dunia, Bill telah mengambil tanggungjawab menjaga wanita itu.


Namun tidak lama selepas berkahwin, Sheila telah terjatuh di rumahnya dan terpaksa dibawa ke hospital. Dia kini ditempatkan di pusat penjagaan warga emas dan menghidap nyanyuk.

“Sheila masih mengenali saya dan sering bertanya, kita berkahwin pada 2 Jun kan? Ia amat menyedihkan,’’ kata Bill.

Namun mujurlah Dyke mempunyai cara untuk menghiburkan Bill dan memastikan dia tidak bosan semasa program itu berlangsung. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori