• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tony Pua ‘Gabra’ Tukar Debat Jadi Talk Show 1MDB Aje!

oleh
04/11/2015
dalam Hangat, Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

BENARLAH kata orang, jika diri sudah penakut, memang takutlah sampai bila-bila waima nampak bayang orang pun akan dikatakan sebagai hantu, begitulah perumpamaan yang sesuai untuk pemimpin DAP ini, Tony Pua.

Ayam sabung kuat melalak parti cauvinis itu dilaporkan sudah gelabah dan amat gabra apabila Presiden 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda dilaporkan bersetuju berdebat dengan dirinya tanpa apa-apa syarat.

Sejurus selepas sidang media khas Arul Kanda yang mendapat liputan luas semua media di sebuah hotel ternama di ibu negara pada Sabtu, ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu tiba-tiba membuat syarat baharu lebih lawak!!!

Kali ini, dia penuh yakin mendakwa program yang dicadangkannya itu bukan debat tetapi hanya talk show atau bual bicarawara, dengan Tony Pua sahaja boleh bertanyakan soalan dan Arul Kanda pula terpaksa menjawabnya.

Untuk rekod, setakat ini Arul Kanda sudah pun muncul diwawancara secara langsung menerusi program Soal Jawab di stesen TV3 pada 12 April lalu dan terbaharu, slot live seumpamanya di Bernama TV pada 27 Oktober.

Nampaknya Tony Pua sudah tukar tajuk lain pula ke? Sebelum ini dengan angkuh gelar Arul Kanda sebagai bodoh kerana mahu dia letak jawatan sebagai ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) di Parlimen sebelum debat.

Walhal ini bukan luar biasa, malah Datuk Seri Nazri Aziz yang berpengalaman lebih 10 tahun sebagai menteri bertanggungjawab dalam hal ehwal Parlimen pun sokong Arul Kanda iaitu Tony Pua mesti letak jawatan dahulu.

Ini demi mengelakkan berlaku konflik kepentingan kerana Tony Pua masih ahli PAC dan ia nyata tidak adil kerana PAC pula pada masa ini masih lagi buat proses siasatan terhadap kemelut 1MDB yang dicetuskan pembangkang.

Baca: Tony Kena Letak Jawatan Ahli PAC Jika Mahu Debat – Nazri Aziz

Juga: 1MDB – Alasan Bodoh Tony Pua Takut Debat Arul Kanda

Lagi: 1MDB – Arul Kanda Sahut Cabaran Debat Tony Pua

Dan: 1MDB – Arul Kanda Sedia Debat Pua ‘Live’ TV Tanpa Syarat

“Ia sepatutnya sesi soal jawab, saya tanya dan Arul jawab, bukannya debat,” kata Tony Pua yang dilaporkan oleh pelbagai portal berita tempatan sebagai reaksi terhadap kesediaan Arul Kanda berdebat tanpa sebarang syarat.

Setiausaha Publisiti DAP itu asalnya mencabar Arul Kanda untuk berdebat secara langsung di televisyen dan mendakwa konon dia sedia untuk ‘memberikan lebih masa supaya Arul Kanda dapat menjawab setiap soalannya’.

Pada Khamis, Arul Kanda menyatakan beliau sedia berdebat secara langsung dengan Tony Pua menerusi siaran televisyen dengan syarat pemimpin pembangkang itu letak jawatan daripada PAC untuk elak konflik kepentingan.

Tony Pua bagaimanapun berdalih enggan berbuat demikian dengan dakwa kononnya peranan dia di PAC lebih penting sekali gus mencetuskan persoalan, apakah istimewanya ‘taraf’ Tony Pua berbanding ahli-ahli PAC lain.

Jelaslah di sini, Tony Pua memang penakut untuk berdebat dengan bekas pembahas terbaik Maktab Tentera Diraja suatu ketika dahulu yang cukup dikenali kerana bijak ‘mematahkan’ hujah lawan-lawannya selama ini.

Bayangkanlah jika Tony Pua ‘kantoi’ dalam debat termasuk gagal jawab soalan ‘maut’ cepumas daripada Arul Kanda, di manakah maruah dirinya selepas ini dan mungkin didesak untuk segera letak jawatan ahli Parlimen!

Bagi masyarakat secara umum, inilah bukti bagaimana pemimpin pembangkang hanya berani bercakap tetapi apabila mereka ‘tersepit’, macam-macam akal dan alasan bodoh akan diberi untuk tutup kelemahan mereka.

– Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: 1MDBArul KandaTony Pua
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

28/12/2025
0

Oleh Lim Sian See Asas paling penting dalam penghakiman yang mensabitkan Najib bersalah dalam kes 1MDB–Tanore ialah andaian bahawa Jho...

Bagaimana 1MDB Menyelamatkan Berbilion Wang Rakyat Melalui Penamatan IPP

Bagaimana 1MDB Menyelamatkan Berbilion Wang Rakyat Melalui Penamatan IPP

27/12/2025
0

Oleh Mynewshub Selama lebih dua dekad, isu Independent Power Producers (IPP) menjadi antara “bom jangka” terbesar dalam struktur ekonomi dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd