• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tambang Percuma Sebulan Di 4 Stesen LRT Baharu

oleh Ahmad Albab
29/10/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Prasarana Malaysia Berhad, pengendali perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) Rapid KL menawarkan perjalanan percuma sebulan untuk penumpang di laluan empat stesen baharu Ampang Line yang akan mulai beroperasi pada Sabtu ini.

Dalam kenyataan syarikat itu berkata, empat stesen terbabit akan menggunakan perkhidmatan AMY, tren enam gerabak.

Token perjalanan sehala percuma disediakan di Pejabat Khidmat Pelanggan di Stesen LRT Sri Petaling dan di semua empat stesen terbabit – Awan Besar, Muhibbah, Alam Sutera dan Kinrara BK5.

Para penumpang juga boleh menggunakan MyRapid Cards dan kad transit Touch ‘n Go untuk perjalanan percuma itu.

“Kami menyarankan penggunaan MyRapid Cards untuk keselesaan perjalanan dalam rangkaian kami yang membabitkan jajaran LRT dan Monorel serta jaringan bas Rapid KL termasuk Bus Rapid Transit – Sunway Line,” kata presiden Prasarana, Datuk Azmi Abdul Aziz.

Berikutan proses peningkatan sistem isyarat yang sedang dijalankan, tren baharu akan berhenti di stesen Sri Petaling dan penumpang perlu menukar tren untuk meneruskan perjalanan di jajaran sekarang iaitu laluan Sri Petaling ke Sentul Timur.

“Demikian juga para penumpang dari Ampang Line perlu turun di stesen Sri Petaling untuk meneruskan perjalanan ke empat stesen baharu itu,” jelas Azmi. – BERNAMA

Tags: Kumpulan PrasaranaLRT
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

APAD Teliti Unsur Kecuaian Dalam Insiden Tren Tergelincir

APAD Teliti Unsur Kecuaian Dalam Insiden Tren Tergelincir

29/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) menegaskan tindakan penguatkuasaan boleh diambil di bawah Seksyen 101 Akta Pengangkutan Awam...

‘Arahan Saya Tangkap Semua’ – Ketua Polis KL

‘Arahan Saya Tangkap Semua’ – Ketua Polis KL

28/12/2024
0

JEMPOL - Polis mengesahkan akan ada tangkapan lagi membabitkan pergaduhan dua kumpulan penyokong bola sepak di Stesen Transit Aliran Ringan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd