• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SKMM Siasat Penyebaran Berita Palsu Babitkan Apandi-Zeti

oleh Ahmad Albab
16/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan menyiasat penyebaran kenyataan palsu membabitkan Ketua Peguam Negara, Tan Sri Apandi Ali terhadap Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz yang dikatakan dimuat naik dalam sebuah portal berita tempatan.

Ketua Pegawai Sektor Keselamatan Rangkaian, Penguatkuasaan dan Advokasi SKMM, Zulkarnain Mohd Yasin menegaskan pihak yang bertanggungjawab menyebarkan berita palsu itu akan dibawa ke muka pengadilan.

Menurut Zulkarnain, mereka yang melakukan kesalahan berkenaan boleh dikenakan hukuman di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Jangan sesekali menyebarkan berita-berita yang tidak dipastikan kesahihannya. Ini kerana tindakan sedemikian boleh mencetuskan keadaan yang tidak diingini.

“SKMM ingin menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah terpengaruh atau mempercayai kandungan serta paparan dalam media sosial,” katanya dalam catatan di laman Facebook SKMM tanpa merujuk kepada mana-mana kenyataan khusus.

Sambil berkata mereka perlu terlebih dahulu menyemak berita-berita berkenaan dengan sumber yang betul, beliau menegaskan bahawa SKMM memandang serius penyebaran berita palsu di media sosial. – BERNAMA

Tags: Apandi AliKetua Peguam NegaraSKMMZeti Akhtar Aziz
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

SKMM Siasat Pempengaruh Sebar Maklumat Palsu Kaitkan Institusi Diraja

SKMM Siasat Pempengaruh Sebar Maklumat Palsu Kaitkan Institusi Diraja

28/04/2025
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang menjalankan siasatan terhadap seorang pempengaruh media sosial berkaitan penyebaran maklumat...

Insiden Pulau Angsa: Kotak Hitam Helikopter Maritim Malaysia Ditemui

Zuraida: Tindakan Fahmi Persis Pemerintahan Komunis

17/04/2024
0

Timbalan Presiden Muafakat Nasional Zuraida Kamaruddin menyifatkan tindakan Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil seperti "pemerintahan negara komunis", susulan arahannya agar Suruhanjaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd