• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Seluruh Perlis Bakal Dapat Perkhidmatan Internet Sepenuhnya

oleh Ahmad Albab
04/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ARAU – Penduduk Perlis khususnya di kawasan luar bandar bakal menikmati jalur lebar berkelajuan tinggi (HSBB) sepenuhnya menjelang akhir tahun depan, kata Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man.

Menurutnya kemudahan kolektif itu akan meningkatkan taraf ekonomi dan sosial serta merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar yang ketika ini agak ketara.

“Penyediaan perkhidmatan ini di bawah program Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) menelan kos kira-kira RM43 juta,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan PI1M Rancangan Perumahan Awam Arau di sini, petang semalam.

Menurut Azlan Perlis telah pun mempunyai 12 PI1M yang beroperasi di seluruh negeri dan kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan menambah PI1M dari semasa ke semasa.

Katanya PI1M terbuka kepada setiap rakyat tanpa mengira usia. Setiap PI1M dilengkapi 20 komputer dan perisian dikenakan bayaran serendah RM1 untuk penggunaan selama sejam di samping perkhidmatan WiFi percuma. – BERNAMA

 

Tags: internetPerlis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mufti Perlis Ulas Kes NGO Didakwa Seleweng Dana Zakat

Mufti Perlis Ulas Kes NGO Didakwa Seleweng Dana Zakat

22/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin tampil memberi ulasan berhubung kes sebuah badan bukan kerajaan...

Lebih 60 Peratus Kanak-kanak Miliki Peranti, Layari Internet Hingga 4 Jam Sehari

Lebih 60 Peratus Kanak-kanak Miliki Peranti, Layari Internet Hingga 4 Jam Sehari

02/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Sebanyak 55.7 peratus kanak-kanak di negara ini menggunakan internet selama satu hingga empat jam sehari tahun lalu. Pengerusi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd