• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Saya Nak Berani Macam Bapa” – Anak Wira ‘Black Hawk Down’

oleh Ahmad Albab
13/11/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUNGAI PETANI – “Saya bertekad untuk menjadi anggota tentera yang berani seperti bapa,” demikian kata Sarjan Nor Azlinda Mat Aznan, 29.

Jurulatih Kanan Kor Perkhidmatan Am, 19 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Kem Lapangan Terbang di sini berkata keberanian dan pengorbananan bapanya Koperal Mat Aznan Awang menjadi pembakar semangat baginya untuk menjadi anggota tentera yang berani dan dapat menyelesaikan misi yang ditugaskan.

Mat Aznan merupakan wira negara yang terkorban dalam pertempuran Bakara Market atau dikenali sebagai ‘Black Hawk Down’, di Somalia pada 1993.

Allahyarham merupakan anggota Pasukan Pengaman Malaysia (MALBATT 1) yang terkorban selepas kereta perisai yang dipandunya terkena pelancar roket RPG yang ditembak oleh puak militia Farah Aideed.

cf0e745f682bcce045e183f8a1035436
Helikopter Black Hawk, Renjer Amerika yang terhempas ditembak pelancar roket RPG oleh puak militia Farah Aideed di Bakara Market, Somalia pada tahun 1993.
Kisah Sebenar Anggota Komando Malaysia Dalam Misi Black Hawk Down
Anggota Pasukan Pengaman Malaysia (MALBATT 1) yang terkorban.

“Saya ingat lagi pesanan arwah ayah yang mahu saya belajar bersungguh-sungguh dan menjadi ustazah, tetapi akhirnya saya ikut jejak langkah ayah menjadi tentera,” kata anak sulung daripada dua beradik ini.

Azlinda yang menyertai 19 RAMD sejak lapan tahun lepas berkata beliau bersedia untuk berkhidmat di negara bergolak seperti Somalia sekiranya khidmatnya diperlukan.

“Saya memang teringin untuk menyertai misi pengamam Malaysia (MALBATT) tetapi belum ada peluang. Jika berpeluang pasti saya tidak tolak,” katanya.

Majlis mengenang jasa wira pertempuran Bakara Market diadakan di sini semalam.

Ibu Azlinda, Siti Zauyaj Yahya mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Pertahanan kerana turut menghargai jasa dan pengorbanan suaminya.

“Penghargaan ini amat bermakna buat anggota tentera yang menyertai MALBATT 1,” katanya yang kini menetap di Baling.

condor-somalia
Kereta perisai Condo yang dinaiki Anggota Pasukan Pengaman Malaysia (MALBATT 1) dibedil dengan peluru dan pelancar roket.

Sementara itu rakan Allahyarham, Lans Koperal (B) Mohd Sobri Ahmad, 55, berkata ketika kejadian kereta perisai Condo yang dinaiki mereka dibedil dengan peluru dan pelancar roket.

“Ribuan peluru hinggap pada kereta perisai kami tetapi semangat juang yang tinggi membuatkan kami meneruskan misi menyelamat Renjer Amerika yang terkepung itu,” katanya.

Beliau berkata akhirnya sebuah kereta perisai tentera Malaysia terkena peluru pelancar roket yang membunuh Allahyarham Koperal Mat Aznan.

“Kenangan ini kekal dalam minda kami yang terlibat dalam misi tersebut,” katanya yang kini menetap di sini. – BERNAMA

Tags: Tentera
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

TERKINI: Agong Zahir Nasihat Tegas, Pastikan Warga Tentera Darat Junjung Integriti, Amanah

TERKINI: Agong Zahir Nasihat Tegas, Pastikan Warga Tentera Darat Junjung Integriti, Amanah

07/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini menzahir nasihat tegas kepada Panglima Tentera Darat agar memastikan warga tentera...

Tentera Darat Malaysia Gagalkan Cubaan Seludup Dadah Bernilai Hampir RM11 Juta Di Sempadan Utara

Tentera Darat Malaysia Gagalkan Cubaan Seludup Dadah Bernilai Hampir RM11 Juta Di Sempadan Utara

10/12/2025
0

KUALA LUMPUR, 10 Dis – Tentera Darat Malaysia (TDM) berjaya menggagalkan cubaan menyeludup masuk dadah bernilai hampir RM11 juta dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd