• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RoS Iktiraf Parti Amanah Negara Nama Baharu Parti Pekerja

oleh Ahmad Albab
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Parti Amanah Negara (PAN) kini sudah diiktiraf secara rasmi oleh pihak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS), kata presiden parti tersebut, Mohamad Sabu.

Mohamad, atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu, pada sidang media khas di Komtar pada Jumaat berkata RoS telah meluluskan permohonan untuk menukar nama Parti Pekerja Malaysia kepada PAN.

“Kami baru sahaja menerima berita baik pada hari ini. Oleh itu, kini secara rasminya diumumkan PAN adalah sebuah parti rasmi,” kata Mohamad Sabu yang juga bekas Timbalan Presiden PAS.

Sidang akhbar itu turut dihadiri Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, yang juga Setiausaha Agung DAP sekali gus mengesahkan ‘cakap politik’ bahawa PAN boneka DAP ganti PAS dalam pakatan pembangkang.

PAN yang dilancarkan di Shah Alam, Selangor pada 16 September lalu diwujudkan oleh sekumpulan 18 orang bekas pemimpin PAS yang tewas teruk pada pemilihan parti Islam itu ketika mukktamar lalu.

Baca: Logo Parti Amanah Kebetulan Sama Atau Memang Ciplak?

amanahajk

Mulanya dikenali sebagai Gerakan Harapan Baru, jawatankuasa penaja parti itu kemudian bergabung dengan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia atau Pasma dan beberapa badan bukan kerajaan lain.

PAN turut menganggotai Pakatan Harapan yang turut disertai DAP dan PKR ditubuhkan pada 22 September lalu bagi menggantikan Pakatan Rakyat yang dibubarkan ekoran krisis antara PAS dengan DAP.

Diwujudkan atas matlamat hanya mahu membebaskan Anwar Ibrahim daripada hukuman penjara dan bukan membela nasib rakyat, pakatan baharu itu ‘membuang’ langsung PAS atas desakan kuat DAP.

Parti cauvinis itu cuma iktiraf PAN mewakili kaum Melayu dan memecat ramai pemimpin PAS dalam pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang selain menamatkan bantuan kepada sekolah agama rakyat milik PAS.

Mohamad Sabu dalam pada itu menjelaskan, beliau turut berasa yakin bahawa RoS juga akan meluluskan permohonan PAN untuk menggantikan gelaran ‘Pengerusi’ kepada gelaran ‘Presiden’. – mStar Online

Tags: Parti Amanah NegaraROS
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bersatu Beri Peringatan Kepada PN Jangan Remehkan Peranan ROS

Bersatu Beri Peringatan Kepada PN Jangan Remehkan Peranan ROS

25/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menggesa kepimpinan tertinggi dan pengurusan Perikatan Nasional (PN) supaya tidak meremehkan peranan...

Perintah Penggantungan Semua Kegiatan PN Berkuat Kuasa Semalam – ROS

Perintah Penggantungan Semua Kegiatan PN Berkuat Kuasa Semalam – ROS

24/09/2026
0

PUTRAJAYA - Pendaftaran Perikatan Nasional (PN) tidak dibatalkan, sebaliknya gabungan itu dikenakan perintah penggantungan semua kegiatan berkuat kuasa Rabu. Jabatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd