• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rakyat Tidak Jaga Kesihatan Bazirkan Negara – Tawfiq

oleh Ahmad Albab
06/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Rakyat yang lalai terhadap penjagaan kesihatan diri dianggap sebagai membazir sumber negara, kata Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan.

Beliau berkata sehubungan itu rakyat dianggap sebagai menyumbang kepada kemajuan diri, keluarga dan negara jika mereka sentiasa mengambil berat tentang kesihatan diri mereka.

“Datuk Lee Chong Wei (jaguh badminton negara) dan Datuk Nicol David (jaguh skuasy negara) merupakan rakyat contoh yang mampu bersaing dengan atlet yang jauh lebih muda daripada mereka.

“Kedua-dua atlet ini membuktikan bahawa walaupun usia mereka meningkat, namun ia tidak menjadi faktor kepada kemerosotan daya kompetitif mereka, dengan syarat mereka harus mempunyai disiplin dan mengamalkan gaya hidup sihat sepanjang masa,” katanya.

Beliau merasmikan seminar ‘Membudayakan Gaya Hidup Sihat Dalam Kalangan Penjawat Awam’ di Institut Tadbiran Awam Negara (Intan) Sabah dekat sini.

Tawfiq berkata rakyat yang mempunyai penyakit kronik tetapi terurus tentang kesihatan mereka mampu menghasilkan produktiviti kerja yang lebih tinggi berbanding mereka yang tidak menghidap penyakit kronik tetapi obes dan tidak bersenam.

Beliau turut meminta rakyat supaya mengambil kesempatan dengan menyertai Hari Sukan Negara pada 10 Okt ini bagi merangsang minat untuk membudayakan gaya hidup sihat.

“Usaha ini (Hari Sukan Negara) mencerminkan betapa seriusnya kerajaan mempromosi dan membudayakan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat secara am dan penjawat awam secara khusus,” katanya.

Seramai 311 penjawat awam menghadiri seminar tersebut. – BERNAMA

Tags: kesihatanrakyat Malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Cawangan Di Kawasan Majoriti Melayu Bukti DAP Bukan Parti Perkauman – Poay Tiong

Cawangan Di Kawasan Majoriti Melayu Bukti DAP Bukan Parti Perkauman – Poay Tiong

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi DAP Melaka, Khoo Poay Tiong mendakwa penubuhan cawangan parti itu di kawasan majoriti pengundi Melayu membuktikan...

DAP Berkembang Menjadi Sebuah Gerakan Politik Matang, Mewakili Aspirasi Semua Rakyat Malaysia – Nga Kor Ming

DAP Berkembang Menjadi Sebuah Gerakan Politik Matang, Mewakili Aspirasi Semua Rakyat Malaysia – Nga Kor Ming

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Nga Kor Ming menyeru semua ahli parti agar terus teguh dengan komitmen kepada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd