• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Projek MRT Laluan 1 Tidak Beri Kesan Kenaikan Kos Kepada Kerajaan

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Projek Transit Aliran Berkapasiti Tinggi (MRT) Laluan Satu (1) yang menghubungkan Sungai Buloh-Kajang tidak memberi sebarang kesan kenaikan kos kepada kerajaan walaupun kejatuhan nilai ringgit.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata nilai kesemua kontrak pembinaan termasuk kontrak untuk kerja sistem yang melibatkan kontraktor luar negara adalah dalam mata wang ringgit.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata kontrak berkenaan telah ditetapkan sebelum nilai ringgit mengalami kemerosotan.

“Dalam hubungan ini, sebarang kenaikan kos yang berlaku disebabkan oleh kejatuhan nilai ringgit akan ditanggung oleh pihak kontraktor.

“Sehingga kini, kenaikan kos yang ditanggung oleh kontraktor adalah sebanyak RM600,000,” kata Najib dalam satu jawapan bertulis kepada Datuk Ahmad Fauzi Zahari (BN-Setiawangsa).

Beliau berkata status kemajuan Projek MRT Laluan Satu ini masih mengikut jadual yang ditetapkan dan telah mencapai tahap 70.21 peratus kemajuan.

Fasa satu projek iaitu dari Sungai Buloh ke Semantan dijangka siap dan mula beroperasi pada 31 Disember 2016 manakala fasa kedua projek pula iaitu Semantan ke Kajang dijadual siap dan beroperasi pada 31 Julai 2017. – BERNAMA

Tags: MRTNajib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

12/08/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Persoalan mengenai pemindahan aset Lembaga Tabung Haji (TH) kepada Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) ketika...

Guan Eng, Tony Pua Dakwa Tiada Keperluan Bina Stesen Bersaiz MRT bagi Projek LRT

Guan Eng, Tony Pua Dakwa Tiada Keperluan Bina Stesen Bersaiz MRT bagi Projek LRT

02/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Rasionalisasi yang dilaksanakan terhadap projek LRT3 semasa pentadbiran Pakatan Harapan (PH) antara tahun 2018 hingga 2020 mendapati...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd