• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

6 Lelaki Ditahan Bantu Siasatan Kes Pegawai Imigresen Diserang

oleh Ahmad Albab
05/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Polis menahan enam lelaki bagi membantu siasatan berhubung kejadian serangan ke atas pegawai Jabatan Imigresen Melaka ketika operasi di sebuah pusat hiburan di Taman Melaka Raya di sini, Rabu lepas.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, ACP Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah berkata semua lelaki berusia antara 24 hingga 57 tahun itu ditahan dalam dua tangkapan berasingan di sekitar Taman Melaka Raya pada Jumaat lepas dan semalam.

“Tangkapan pertama melibatkan empat lelaki berusia 24 hingga 57 tahun pada Jumaat kira-kira pukul 4 petang manakala tangkapan kedua seramai dua orang semalam kira-kira pukul 12.30 tengah malam. (Sabtu)

“Kesemua mereka kini direman selama empat hari bagi membantu siasatan lanjut dan polis akan memanggil pegawai JIM yang terlibat dalam serangan ini untuk melakukan kawad cam,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Shaikh Abdul Adzis berkata polis memandang serius tindakan menyerang pegawai imigresen berkenaan ketika menjalankan tugas dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan bagi menakutkan penjawat awam daripada melaksanakan tugasan.

Pada Khamis lepas media melaporkan 19 pegawai dan anggota imigresen diserang sekumpulan lebih 40 samseng ketika membuat pemeriksaan di sebuah premis hiburan di Taman Melaka Raya di sini pada Rabu. – BERNAMA

Tags: Imigresenpolis
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Jerebu: UPKK, UPSRA Pada Isnin Dan Selasa Ditangguh

Next Post

JPNIN Lahir Usahawan Inovasi Kawasan Rukun Tetangga – Kurup

Related Posts

Imigresen Bongkar Aktiviti Pelupusan e-Waste Haram, Sarang Penipuan Dalam Talian

Imigresen Bongkar Aktiviti Pelupusan e-Waste Haram, Sarang Penipuan Dalam Talian

22/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen menahan 48 warga asing dalam dua serbuan berasingan di Pulau Indah, Selangor serta kawasan kediaman mewah...

Nahas Pelajar UPSI: Polis Tunggu Laporan Perubatan Guru Hina Mangsa

Nahas Pelajar UPSI: Polis Tunggu Laporan Perubatan Guru Hina Mangsa

19/06/2025
0

IPOH: Polis masih menunggu laporan perubatan daripada pihak hospital bagi melengkapkan siasatan kes guru memuat naik hantaran jelik berhubung kemalangan...

Next Post

JPNIN Lahir Usahawan Inovasi Kawasan Rukun Tetangga - Kurup

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd