• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tahan 3 Mat Rempit Di George Town

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Polis menahan tiga mat rempit yang sedang berlumba haram bersama sekumpulan samseng jalanan di Jalan Tengku Kudin 1, di sini tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalatrash Wahid berkata hasil risikan dan intipan, sepasukan polis menjalankan operasi di kawasan berkenaan dan mendapati kira-kira 70 penunggang motosikal sedang berlumba.

“Dalam operasi yang bermula 12.30 tengah malam itu, pihak polis mendapati sekumpulan penunggang motosikal menunggang kenderaan mereka secara bersaing dan melakukan aksi-aksi berbahaya di Jalan Tengku Kudin 1 dan Lebuh Tengku Kudin 3,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata kumpulan penunggang itu membuat beberapa pusingan di kawasan berkenaan sebelum polis berjaya memintas dan menahan tiga lelaki yang sedang berlumba itu.

Penunggang motosikal yang lain berjaya melarikan diri dengan memecut laju ke arah pusat bandar, katanya.

Mior Faridalatrash berkata tiga lelaki berusia 21 hingga 24 tahun itu kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Seorang daripada yang ditahan itu turut positif dadah,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata dalam operasi Samseng Jalanan di sekitar George Town sehingga awal pagi ini, polis menyita sembilan motosikal kerana pemiliknya mengubah suai kenderaan.

Beliau berkata dalam operasi yang sama 46 saman turut dikeluarkan atas pelbagai kesalahan lalu lintas. – BERNAMA

 

Tags: Mat Rempitpolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd