Saturday, July 20, 2024

Creating liberating content

Tiada Kenaikan Tol Lebuh...

PUTRAJAYA - Kerajaan memutuskan tiada kenaikan kadar tol bagi semua kelas kenderaan di...

PM Ucap Takziah Kepada...

KUALA LUMPUR - Nahas jalan raya yang meragut nyawa lima penuntut Universiti Sultan...

Isu Had Umur Belia...

KULAI - Kerajaan negeri menganggap isu had umur belia di Johor selesai dan...

Kedai Perabot Di Jalan...

KUALA LUMPUR - Sebuah kedai perabot di Jalan Genting Klang di sini musnah...

Polis Tahan 3 Lelaki, Tumpas Geng Samun Kedai Serbaneka

SHAH ALAM – Polis menumpaskan satu kumpulan samun kedai serbaneka dan restoran 24 jam dengan penahanan tiga lelaki dalam dua serbuan di sekitar daerah ini pada Khamis dan Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Shafien Mamat berkata tiga suspek yang berusia 17 dan 20 tahun itu diberkas di dua rumah kira-kira pukul 7 petang.

“Suspek pertama yang merupakan suspek utama dikenali sebagai ‘Jude’, berusia 17 tahun ditahan di sebuah rumah di Seksyen 2, Khamis lepas.

“Susulan penahanan itu, polis kemudian memberkas dua lagi rakannya di sebuah rumah di kawasan berdekatan keesokkan hari (Jumaat),” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata berikutan penahanan tiga suspek itu, polis merampas beberapa telefon bimbit yang dipercayai hasil daripada kegiatan jenayah kumpulan tersebut.

Shafien berkata hasil siasatan mendapati kumpulan itu terlibat dalam empat kes samun membabitkan kedai serbaneka dan restoran di sekitar Shah Alam sejak dua bulan lepas.


“Modus operandi kumpulan ini ialah masuk ke kedai serbaneka atau restoran 24 jam dengan memakai helmet ‘full face’ serta berpura-pura membeli barang atau rokok sebelum melakukan samun dengan bersenjatakan pistol mainan.

“Mereka ini melakukan kegiatan jenayah mereka pada awal pagi berikutan waktu itu tidak ramai orang di lokasi yang disasarkan,” katanya.

Beliau berkata kesemua suspek itu kini ditahan untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori