• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Sandakan Selesaikan 11 Kes Pecah Kedai

oleh Ahmad Albab
06/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SANDAKAN – Polis menyelesaikan 11 kes pecah kedai di daerah ini, dengan tertangkapnya seorang lelaki warga Filipina dan merampas 29 barangan hasil kegiatannya itu.

Ketua Polis Daerah Sandakan, ACP Zabidi Md Zain berkata lelaki berusia 33 tahun itu ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Rajawali Jalan Airport pada 22 Sept lepas.

Katanya 11 kes pecah kedai itu dilaporkan berlaku sepanjang Ogos hingga September lepas, membabitkan premis antaranya restoran, pejabat guaman, syarikat swasta dan pusat hiburan di kawasan kedai Batu 4 hingga Batu 10.

Lelaki terbabit yang positif mengambil dadah jenis syabu melakukan kegiatan itu secara individu, katanya pada sidang media di sini hari ini.

Zabidi berkata lelaki itu juga mempunyai dua rekod kesalahan lampau membabitkan kes pecah rumah dan pencerobohan.

Dalam kes berasingan, Zabidi berkata polis juga menyelesaikan satu kes samun berikutan penahanan seorang lelaki berusia 26 tahun.

Kes samun itu dilaporkan berlaku pada 26 Sept lepas di kawasan Pasaraya Wong Yun Kee di Batu 3 dekat sini.

Katanya lelaki rakyat tempatan itu ditahan selepas tiga hari kes itu berlaku apabila polis menyerbu sebuah rumah di Taman Mawar, Batu 5, dekat sini.

Beliau berkata sebuah motosikal milik teman wanita lelaki itu turut dirampas dalam serbuan berkenaan, dipercayai digunakan dalam kes samun tersebut.

Katanya lelaki itu yang positif menggunakan dadah jenis syabu mempunyai tiga rekod kesalahan lampau membabitkan kes pecah rumah, curi kenderaan dan ugutan.

Zabidi berkata secara keseluruhan, indeks jenayah di daerah ini mencatat penurunan 18 peratus dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini, berbanding tempoh sama tahun lepas.

Sebanyak 334 jenayah harta benda dan 36 jenayah kekerasan dilaporkan tahun ini berbanding 386 (harta benda) dan 66 (kekerasan) pada tahun lepas, masing-masing mencatat penurunan 52 dan 30 kes, katanya. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=S0ocX23cPXA

Tags: polisrompakan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd