• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Melaka Rampas Pelbagai Dadah Bernilai RM136,000

oleh Ahmad Albab
26/10/2015
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA - Polis Melaka menahan dua lelaki tempatan serta seorang wanita warga asing dan merampas pelbagai dadah jenis bernilai kira-kira RM136,000 di Taman Melaka Raya di sini, Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, ACP Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah berkata lelaki berusia 28 dan 50 tahun itu serta wanita yang dipercayai warga Vietnam berusia 27 tahun itu ditahan dalam pemeriksaan kira-kira 12 tengah malam.

Beliau berkata siasatan awal mendapati dadah berkenaan dipercayai ketamin dengan anggaran berat kira-kira lima kilogram; heroin kira-kira 500 gram; pil eramin 5 kira-kira 100 biji; dan 82 biji pil estacy.

“Polis menemui sebahagian daripada dadah berkenaan bersama mereka manakala siasatan lanjut membawa penemuan sebahagian lagi dadah di dalam sebuah lagi kereta di Tengkera di sini kira-kira 1.30 pagi,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Katanya pemeriksaan dilakukan atas maklumat dan risikan awam yang mana ketika ditahan mereka dipercayai mengedar dadah berkenaan dengan menaiki sebuah kereta.

Shaikh Abdul Adzis berkata siasatan awal mendapati dadah berkenaan untuk pasaran kelab hiburan di sekitar Taman Melaka Raya dan sindiket berkenaan dipercayai telah aktif beroperasi kira-kira empat bulan lepas.

Katanya dadah berkenaan dipercayai diperoleh dari luar negeri ini dan polis sedang menjalankan siasatan lanjut bagi menjejaki rangkaian sindiket berkenaan.

Beliau berkata siasatan mendapati lelaki berusia 28 tahun itu mempunyai lebih daripada dua rekod jenayah lampau berkaitan dadah melibatkan kes di Johor Bahru, Johor dan Melaka sejak 2012.

Katanya kedua-dua lelaki yang berasal dari Johor Bahru itu serta wanita berkenaan ditahan reman selama tujuh hari bermula Sabtu lepas dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – BERNAMA

Tags: dadahMelaka
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Melaka: DAP Bersedia Bertanding Solo Selepas Ekonomi Pulih

PRN Melaka: DAP Bersedia Bertanding Solo Selepas Ekonomi Pulih

17/05/2026
0

MELAKA - Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) 12 Cawangan DAP Melaka sebulat suara bersetuju Pakatan Harapan (PH) perlu bersedia untuk bertanding...

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

12/05/2026
0

Oleh Mynewshub  REMBAU – Seorang pesara polis wanita berusia 65 tahun ditahan selepas bertindak melarikan diri daripada polis dalam kejadian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd