• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Marin Rampas Rokok Seludup, Pelbagai Kenderaan Serta Bot

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHARU – Sebanyak 21,400 bungkus rokok, dua kenderaan dan bot yang digunakan dalam aktiviti penyeludupan dengan nilai kira-kira RM368,000 dirampas di Pantai Parit Semerah, dekat Pontian awal pagi semalam.

Komander Polis Marin (PPM) Wilayah 2 Johor ACP Paul Khiu Khon Chiang berkata dalam serbuan pukul 2.30 pagi itu, enam lelaki dipercayai menjalankan kerja penyeludupan rokok di situ.

Bagaimanapun, semua suspek berjaya melarikan diri ke dalam hutan berhampiran serta terjun ke sungai apabila menyedari kehadiran pihak berkuasa, katanya.

“Hasil pemeriksaan lanjut ke atas semua kenderaan dan bot yang ditinggalkan mendapati barang yang dipunggah berupa guni dan kotak itu mengandungi rokok yang diseludup dari negara jiran,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Rampasan rokok pelbagai jenama itu bernilai RM188,177.44 termasuk cukai.

“Polis turut merampas kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Estima dan van Nissan Urvan serta bot fiber bersama enjin sangkut bernilai kira-kira RM180,000,” katanya.

Khiu berkata modus operandi digunakan adalah sama seperti kes terdahulu iaitu menggunakan bot laju memasuki kawasan sungai sebelum memunggah barangan seludup ke kenderaan yang disediakan.

“Dipercayai suspek yang menghantar barang seludup melalui jalan laut adalah warga asing manakala yang menunggu barangan menggunakan kenderaan ialah orang tempatan,” kata Khiu.

Kesemua barang rampasan dibawa ke Markas Polis Marin untuk tindakan lanjut dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 135 (1)(e) Akta Kastam 1967 kerana menyeludup barang bercukai.

Beliau berkata jumlah keseluruhan rampasan rokok setakat tahun ini adalah sebanyak RM4.2 juta membabitkan 41 kes dengan rampasan sebanyak 371,419 bungkus bernilai RM3.5 juta termasuk cukai serta lima bot laju, enam enjin sangkut dan 14 kenderaan. – BERNAMA

Tags: polisseludup
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd