• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, October 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Kulim Tahan Lelaki Cuba Curi Lembu

oleh Ahmad Albab
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KULIM – Polis Daerah Kulim dengan bantuan orang ramai telah menahan seorang lelaki dipercayai terlibat dengan kegiatan mencuri lembu di Kampung Batu Sarang Ayam, Sungai Seluang, Lunas, di sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah, Supt Abdullah Arshad berkata, kejadian berlaku pada 1.30 tengah hari apabila pemilik ternakan berusia 54 tahun itu terserempak dengan empat lelaki cuba mencuri seekor lembunya.

“Salah seorang daripada empat lelaki itu dilihat menyumpit seekor lembu menyebabkan haiwan peliharaannya itu lemah dan rebah, sebelum mereka memasukkannya ke dalam sebuah kereta untuk dibawa lari,” katanya hari ini.

Kegiatan keempat-empat lelaki itu disedari oleh pemilik lembu yang bertindak mengejar kereta membawa lembu curi itu itu bersama-sama rakannya sehingga menyebabkan kereta itu terbabas di semak berhampiran, katanya.

Beliau berkata, tiga daripada empat lelaki di dalam kereta itu bertindak melarikan diri dan meninggalkan pemandu kereta dipercayai berusia 20-an yang mengalami kecederaan selepas kereta dipandunya terbabas.

Lelaki yang cedera itu katanya, telah ditahan dan diserahkan kepada pihak berkuasa yang bertindak menghantarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan terhadap kecederaan dialaminya itu.

Polis menurut Abdullah masih menyiasat kes itu. – BERNAMA

Tags: curiKulimpolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Siasat Dua Kes Hantaran Berunsur Hasutan, Lelaki 48 Tahun Ditahan

Siasat Dua Kes Hantaran Berunsur Hasutan, Lelaki 48 Tahun Ditahan

22/10/2026
0

SEREMBAN – Polis Negeri Sembilan sedang menyiasat dua kes berasingan membabitkan penyebaran kandungan media sosial yang disyaki mempunyai unsur hasutan,...

Pelajar Ditemui Parah Berhampiran Tangga Sekolah Di Kulim

Pelajar Ditemui Parah Berhampiran Tangga Sekolah Di Kulim

06/10/2026
0

KULIM - Seorang pelajar lelaki tingkatan satu ditemui terbaring parah berhampiran tangga di sebuah sekolah di sini kira-kira pukul 3.30...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd