• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, April 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sindiket Dadah Tumpas, Barangan Lebih RM1 Juta Dirampas

oleh Ahmad Albab
22/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Polis berjaya menumpaskan beberapa sindiket dadah di negeri ini selepas menahan enam lelaki tempatan bulan ini di tiga lokasi berbeza, dipercayai terlibat dengan pengedaran dadah.

Ketua Polis Johor, Datuk Rusli Ahmad berkata kesemua suspek yang berumur antara 24 tahun hingga 54 tahun itu turut didapati positif dadah dan dipercayai bergiat aktif di daerah Pontian Skudai dan Seri Alam.

Polis turut merampas dadah serta barang kes termasuk kenderaan, barang kemas dan wang tunai, kesemuanya bernilai RM1,071,405, katanya ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini, hari ini.

Beliau berkata kesemua kes berkaitan dadah itu disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Rusli juga berkata salah seorang suspek turut mempunyai sebuah rekod jenayah lampau kerana pecah rumah.

Ketika ditahan di Ulu Tiram, polis turut merampas dua laras senapang angin buatan sendiri, 548 butir peluru, dua bilah parang, dua pisau lipat dan satu buku lima dan suspek kini ditahan reman selama enam hari sehingga hari ini.

“Suspek ini akan turut disiasat di bawah Seksyen 36(1) Akta Senjata 1960 dan Seksyen 7(1) Akta Bahan-bahan Kakisan Dan Letupan Dan Senjata Berbahaya 1958,” kata beliau.

Dalam perkembangan lain, polis berjaya membanteras kegiatan judi atas talian dengan penangkapan 12 individu termasuk tiga warga asing dalam dua serbuan berbeza di Taman Ungku Aminah, Johor Bahru, di sini Selasa lepas.

Beliau berkata dalam dua serbuan itu, pihaknya turut merampas 36 buah komputer, dua buah modem wifi, dan wang tunai sebanyak RM1,927.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 (Pindaan 2001) dan sabit kesalahan boleh didenda tidak kurang RM20,000 dan tidak melebihi RM200,000 dan hukuman penjara tidak melebihi lima tahun. – BERNAMA

Tags: Johorkes dadahpolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Johor Sokong Tangguh PRN, “Demi Kesejahteraan Rakyat” – Sheikh Omar

DAP Johor Sokong Tangguh PRN, “Demi Kesejahteraan Rakyat” – Sheikh Omar

15/04/2026
0

KUALA LUMPUR - DAP Johor menyambut baik cadangan menangguhkan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Melaka. Naib Pengerusi DAP Johor,...

Salam 100-0: Kisah 14 Tahun Bola Sepak Johor Penuh Suka Dan Duka

Salam 100-0: Kisah 14 Tahun Bola Sepak Johor Penuh Suka Dan Duka

07/04/2026
0

PETANG tadi ketika memandu di ibu negara, mata saya terpaku pada satu sticker kecil Harimau Selatan ditampal di sebuah kereta....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd