• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peruntukan Bajet Perlu Disalur Sebaik Mungkin

oleh Ahmad Albab
24/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEMPORNA – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata Bajet 2016 yang diperuntukkan menerusi kementerian perlu disalurkan sebaik mungkin kepada agensi sedia agar memberi impak kepada rakyat.

Beliau berkata perkara itu penting dan perlu diberi penekanan berikutan keadaan ekonomi semasa yang tidak menentu.

“Kita berharap semua peruntukan dalam Bajet 2016 dapat digunakan sebaik mungkin dan pelbagai inisiatif atau langkah yang disediakan menerusi pelbagai kementerian dapat dilaksanakan sebaik mungkin,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau menyambut baik peruntukan RM523 juta untuk pembangunan kem tentera darat di Kawasan Keselamatan Khas Timur Sabah (ESSCom) di Felda Sahabat, Lahad Datu.

Katanya peruntukan itu sangat bertepatan namun memerlukan pelaksanaan yang tepat demi mencapai matlamatnya untuk memperkukuh sistem keselamatan negara, khusus di Sabah.

Diminta mengulas mengenai bantuan kepada mangsa kebakaran di Kampung Simunul, Mohd Shafie yang juga Anggota Parlimen Semporna berkata pihaknya telah berhubung dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk mempercepatkan pembinaan rumah transit.

“Pihak MKN telah bersetuju untuk membantu membina rumah transit dan mempercepatkan pembinaannya. MKN sedang menyelaraskan perkara itu dengan pihak Setiusaha Kerajaan Negeri.

“Oleh kerana tempat tinggal mereka kini tidak sesuai dan tidak selesa, kita sangat berharap pihak yang berkenaan dapat mempercepatkan pembinaan rumah transit tersebut,” katanya.

Beliau berkata kira-kira 1,525 mangsa yang terlibat dalam kebakaran yang memusnahkan 163 rumah di Kampung Simunul pada 3 Okt lepas itu, kini ditempatkan di dewan kampung berkenaan yang dilihat kurang sesuai kerana keadaan dewan yang daif. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]v9Jmr5uzTzY[/wpdevart_youtube]

Tags: Bajet 2016Shafie Apdal
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Shafie: Warisan Prihatin Isu Undang-Undang, Bukan Cuba Gulingkan Hajiji

Shafie: Warisan Prihatin Isu Undang-Undang, Bukan Cuba Gulingkan Hajiji

14/01/2023
0

Presiden Warisan Mohd Shafie Apdal berkata pihaknya tidak berniat untuk menggulingkan Hajiji Noor sebagai ketua menteri Khamis lalu apabila ia...

Antara Dosa, Pahala Dan Jajaran

09/06/2022
0

Presiden Parti Warisan (Warisan) Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal tetap mempertahankan pendedahannya mengenai Tan Sri Dato' Hj Mahiaddin Bin Hj....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd