• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perceraian Termahal Dunia Libatkan Pembayaran Bilion Ringgit

oleh Ahmad Albab
24/10/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

IA merupakan perceraian termahal di dunia. Apa tidaknya, seorang hartawan di Rusia akhirnya mencapai persetujuan dengan bekas isterinya untuk menyelesaikan isu berkaitan bayaran yang perlu dibayar kepada wanita berkenaan.

Tahun lepas, mahkamah di Switzerland telah menganugerahkan kepada wanita berkenaan, Elena Rybolovlev sebanyak RM19 bilion iaitu separuh daripada kekayaan milik bekas suaminya Dmitry Rybolovlev yang berjumlah RM36 bilion.

Pertikaian melibatkan harta berkenaan bermula sejak lapan tahun lalu namun semalam kedua-duanya mengumumkan mereka sudah mencapai kata sepakat. Namun jumlah yang dipersetujui tidak dimaklumkan.

Perbicaraan berkenaan turut menyebabkan pertelingkahan antara keduanya dan segala kecurangan Dmitry telah terbongkar termasuk parti-parti yang diadakan di atas kapal layarnya.

Beliau turut menyembunyikan aset di Pulau Greek serta hartanah di New York daripada pengetahuan Elena.

Dmitry bertemu isterinya 30 tahun lalu ketika kedua-duanya masih menuntut. Wanita itu sentiasa berada di sampingnya sehinggalah Dmitry berjaya daripada seorang doktor kepada usahawan dan menjadi pengerusi serta pemegang saham terbesar syarikat Uralkali.

Mereka juga tinggal bersama ketika Dmitry dipenjarakan selama 11 bulan selepas dituduh membunuh pesaingnya sebelum tuduhan itu digugurkan dan apabila beliau sekeluarga menerima ancaman bunuh, mereka berpindah ke Switzerland.

Selepas kecurangan demi kecurangan dilakukan Dmitry, Elena tidak tahan lagi lalu memohon cerai. – MYNEWSHUB.CC

Tags: BilionhartawanPerceraianRusia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Russia Digantung Kerana Perang, AS Dan Israel Tak Mengapa – Apa Sudah Jadi Pada FIFA? 

Russia Digantung Kerana Perang, AS Dan Israel Tak Mengapa – Apa Sudah Jadi Pada FIFA? 

11/03/2026
0

Oleh Mynewshub APABILA Russia menceroboh Ukraine pada 2022, Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) terus menggantung negara...

Menunggu Macam Orang Bodoh – Pakistan Keluar Nota Bantahan Kepada Rusia

Menunggu Macam Orang Bodoh – Pakistan Keluar Nota Bantahan Kepada Rusia

13/12/2025
0

BREAKING: Pakistan Mengeluarkan Protes Diplomatik Ke Atas Rusia Selepas Putin Tidak Hadir Pada Pertemuan Dengan PM Shehbaz Sharif Ashgabat, Turkmenistan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd