• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perbincangan Lanjut Tangani Kebakaran Hutan Dan Jerebu

oleh Ahmad Albab
26/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

CYBERJAYA – Malaysia akan mengadakan perbincangan lanjut dengan Indonesia berhubung bantuan yang diperlukan dalam menangani kebakaran hutan dan jerebu di rantau ini, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Wan Junaidi Tunaku Jaafar.

Katanya kira-kira 1.7 juta hektar hutan dan tanah terbuka di Sumatera dan Kalimantan, Indonesia terbakar dan ia bukan mudah untuk dipadamkan memandangkan hujan tidak turun di kawasan terjejas.

“Ini bermakna Indonesia masih perlukan bantuan daripada kita,” katanya sambil menambah beliau akan ke republik itu esok bagi mengadakan perbincangan dengan pihak Indonesia mengenai bantuan yang diperlukan.

Beliau juga berharap dapat berbincang dengan Menteri Alam Sekitar dan Perhutanan Indonesia, Dr. Siti Nurbaya Bakar berhubung perjanjian persefahaman antara Malaysia dan Indonesia untuk mencegah jerebu merentas sempadan yang masih belum ditandatangani, yang tertangguh berikutan jerebu teruk di negara itu.

Wan Junaidi berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan Ahli Lembaga Penyelidikan dan Pembangunan Perhutanan Malaysia Sesi 2015-2017 di sini, hari ini.

Pada 11 Oktober lalu, Malaysia melalui Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menghantar sebuah pesawat Bombardier CL 415 dan sebuah helikopter AS 365 N3 Dauphin untuk menyertai operasi memadam kebakaran di Sumatera Selatan.

CS-HHR
Helikopter AS 365 N3 Dauphin
M71-01 LIMA 29-3-13 (13) edit_edited-1
Pesawat Bombardier CL 415

Pesawat Bombardier yang menggunakan ‘water scooping’ dan ‘water bombing’ di kawasan terjejas berjaya melepaskan lebih satu juta liter air ke kawasan terjejas akibat kebakaran hutan dan tanah terbuka pada 20 Oktober lalu.

Wan Junaidi berkata pihak Indonesia memuji misi memadam kebakaran pertama negara di Sumatera yang amat berkesan.

“Memandangkan pesawat tersebut perlu servis dan penyelenggaraan sebelum dihantar semula untuk misi seterusnya, kita sedia menghantar pasukan Bomba dan Penyelamat untuk memberi bantuan,” katanya.

Sementara itu, Wan Junaidi berkata beliau akan mengusulkan kepada kerajaan untuk meminda undang-undang Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) agar institut tersebut boleh menubuhkan syarikat sendiri dan mengkomersialkan penemuan dan menjana sumber kewangan sendiri.

Dengan itu, katanya FRIM boleh menarik pelabur untuk melabur dalam syarikat dan secara tidak langsung ia dapat menjana sumber kewangan tanpa meminta bantuan dari kerajaan.

“FRIM menerima lebih 120 anugerah kebangsaan dan lebih 70 anugerah di peringkat antarabangsa namun satu pun tidak mendatangkan hasil sumber kewangan malah institut masih bergantung kepada bantuan kerajaan.

“Arahan sudah diberikan kepada peguam kementerian untuk mengkaji pindaan undang-undang tersebut,” katanya sambil menambah bahawa proses tersebut akan mengambil masa. – BERNAMA

Tags: JerebuKebakaran hutan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan Diaktifkan

Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan Diaktifkan

04/03/2025
2

PUTRAJAYA: Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan (PTPTK) sudah diaktifkan bagi membolehkan semua pihak meningkatkan pemantauan terhadap pembakaran terbuka yang boleh...

Indonesia Buat Pembenihan Awan Tangani Kebakaran Hutan

Indonesia Buat Pembenihan Awan Tangani Kebakaran Hutan

03/03/2024
0

JAKARTA: Kementerian Alam Sekitar dan Perhutanan Indonesia bersama pihak berkepentingan bersiap sedia melaksanakan strategi pembenihan awan yang dijangka bermula bulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd