• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, September 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penggantungan Kit Siang Jejas Demokrasi Malaysia – DAP

oleh Ahmad Albab
27/10/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP malam tadi memutuskan parti itu akan mengadakan jelajah ke seluruh negara bagi menunjukkan solidariti ke atas Lim Kit Siang kerana digantung selama enam bulan daripada menghadiri persidangan Dewan Rakyat.

DAP dalam satu kenyataan mendakwa tindakan majoriti Ahli Parlimen menyokong usul untuk menggantung kehadiran Kit Siang kononnya satu tindakan yang merosakkan demokrasi berparlimen di Malaysia.

“Mesyuarat CEC DAP mencapai resolusi mengutuk Barisan Nasional (BN) kerana majoritinya secara kasar untuk menempangkan demokrasi berparlimen, keadilan dan proses menegakkan undang-undang dengan meluluskan usul menggantung Kit Siang selama enam bulan.

“DAP akan mengadakan jelajah untuk menunjukkan sokongan dan solidariti ke atas Kit Siang,” dakwa kenyataan itu hari ini.

Kit Siang pada 22 Oktober lalu digantung selama enam bulan daripada Dewan Rakyat selepas usul yang dibentangkan Datuk Seri Azalina Othman Said diluluskan majoriti ahli Parlimen.

Usul tersebut dibawa menteri di Jabatan Perdana Menteri itu dan dibahaskan dengan hangat selama hampir sejam lebih.

Kit Siang secara biadap menuduh Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menyalahgunakan kuasa dan cuba mensabotaj siasatan terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang sedang dijalankan. – MYNEWSHUB.CC

Tags: DAPDewan RakyatLim Kit Siang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Gesa Zahid Dikenakan Tindakan, Dakwa Memudaratkan Kewangan Negara

DAP Gesa Zahid Dikenakan Tindakan, Dakwa Memudaratkan Kewangan Negara

04/09/2026
0

KUALA LUMPUR - DAP menggesa tindakan diambil terhadap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Kementerian Kemajuan...

RCI Tabung Haji: Menteri Ucap Terima Kasih Pada Radzi Jidin

RCI Tabung Haji: Menteri Ucap Terima Kasih Pada Radzi Jidin

14/08/2026
0

PUTRAJAYA - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan mengucapkan terima kasih kepada pemimpin Parti Pribumi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd