Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

KPDNKK Rampas Jersi Tiruan...

ALOR SETAR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kedah merampas...

Kira-Kira 900 Lagi Pakar...

PUTRAJAYA - Kira-kira 900 lagi pakar psikiatris diperlukan di Malaysia bagi menyeimbangkan nisbah...

Mangsa Banjir Di Kedah...

ALOR SETAR - Jumlah mangsa banjir kilat di Kedah sehingga pukul 8 malam...

1,700 Penduduk Palestin Bakal...

GENEVA - Dianggarkan kira-kira 1,700 penduduk Palestin yang cedera akibat terkena tembakan pasukan...

Pemuda PAS Berdiri Teguh Dibelakang Hadi

KUALA LUMPUR – Dewan Pemuda PAS (DPP) Johor Bahru menegaskan berdiri teguh di belakang Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Pemangku Ketua Pemudanya, Fakhrurrazi Abu Bakar berkata, DPP Johor memberikan sepenuh sokongan dan solidariti buat Abdul Hadi.

“Atas nama perundangan, Presiden PAS dikatakan telah melanggar Perlembagaan apabila ingin mengemukakan private members bill Undang-undang Kanun Jenayah Syariah II Kelantan.

“Ia bukan suatu kerja menggubal sesuatu yang baru melainkan hanya penambah baikan serta pindaan terhadap satu juzu’ fasal yang kecil terhadap undang-undang yang sudah sedia ada di Kelantan sejak 1992,” tegasnya dalam satu kenyataan media hari ini.


Sehubungan itu, Fakhrurrazi berharap empat individu yang menyaman Presiden PAS kerana mahu melaksanakan undang-undang hudud supaya mempunyai sifat memartabatkan syariat Islam.

Media sebelum ini melaporkan dua peguam daripada Majlis Peguam Malaysia dan dua penyelidik masyarakat sivil telah menyaman Presiden PAS.

Mereka dilaporkan sebagai peguam dan aktivitis pro-Pakatan Rakyat dan terlibat dalam perhimpunan Bersih bagi usaha menumbangkan kerajaan pada Ogos lalu. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori