• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pembangkang Pertahan Aktivis Hina Sultan Johor

oleh Ahmad Albab
14/10/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Parti pembangkang membantah tindakan polis menahan aktivis, Khalid Mohd. Ismath kerana menyebarkan khabar angin di media sosial bagi memburuk-burukkan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Setiausaha Agung Parti Sosialis Malayisa (PSM), Sivarajan Arumugam mendakwa, penahanan itu tidak masuk akal kerana tindakan Khalid menyebarkan khabar angin yang memburuk-burukkan Sultan Johor bukan satu jenayah, menghasut atau ugutan.

“Sememangnya tidak masuk akal kenapa dia perlu ditahan dan direman. Tindakan polis memohon lanjutan reman jelas menunjukkan niat jahat mereka untuk terus menghukum Khalid dan mengintimidasi beliau,” dakwanya dalam satu kenyataan media pada Sabtu.

PSM sebelum ini memaklumkan Khalid ditahan di pejabatnya pada Rabu dan sepasukan polis Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan.

Dia didakwa ditahan di bawah Seksyen 233 Akta Komuniksi dan Multimedia kerana membuat posting berkenaan kes bekas peguam kerabat Diraja Johor, Kamal Hisham dan Sultan Johor bagi memburuk-burukkan Kesultanan Johor.

Sehubungan itu, Sivarajan meminta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) campur tangan dan mendesak pihak polis jangan menindas Khalid hanya kerana menyebarkan maklumat yang tidak baik mengenai Kesultanan Johor.

Khalid sebelum ini pernah didakwa terlibat dalam perbuatan ganas menendang seorang anggota polis trafik yang terjatuh ketika bertugas sewaktu dia menyertai perhimpunan haram Bersih 3.0 anjuran beberapa badan bukan kerajaan (NGO) dan parti pembangkang pada tahun 2012. – mynewshub.cc

 

Tags: pembangkangSultan Johor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pembangkang Memutar Naratif, Dialog Bukan Derhaka – Pemimpin AMK

Pembangkang Memutar Naratif, Dialog Bukan Derhaka – Pemimpin AMK

08/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pembangkang didakwa sengaja memutar naratif bagi menggambarkan seolah-olah wujud ketegangan antara kerajaan dan Sultan Selangor. Pengarah Pilihan...

UMNO Negeri Sembilan Rela Jadi Pembangkang Daripada Bersama PH

UMNO Negeri Sembilan Rela Jadi Pembangkang Daripada Bersama PH

02/05/2026
0

KUALA LUMPUR - UMNO Negeri Sembilan lebih rela menjadi pembangkang daripada bersama Pakatan Harapan (PH) dalam pentadbiran kerajaan negeri itu....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd