• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemadam Mahu Akta Kesalahan Berkaitan Ketum Diwujudkan

oleh Ahmad Albab
03/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) mencadangkan agar satu akta baharu kesalahan berkaitan ketum diwujudkan secepat mungkin bagi membendung kegiatan itu daripada terus berleluasa di dalam masyarakat negara ini.

Yang Dipertuanya Datuk Mohd Johari Baharom berkata, sebelum ini Rang Undang-Undang kesalahan berkaitan ketum telah dibentang di Dewan Rakyat bagi membuat pindaan kepada Akta Dadah Berbahaya 1952 untuk memasukkan takrif ketum sebagai dadah berbahaya.

“Bagaimanapun, ia ditangguhkan sebab terdapat anggota Parlimen yang mahu ia diperhalusi dan diperbaiki dan baru-baru ini Rang Undang-Undang itu dibentang semula di Parlimen.

“Mereka (anggota Parlimen) ramai yang bersetuju agar satu akta baharu diwujudkan bersendirian dan kesalahan berkaitan ketum tidak dimasukkan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis Makan Malam sempena Perhimpunan Agung Pemadam Ke-40 yang dihadiri 1,700 perwakilan di sini malam tadi.

Turut hadir Setiausaha Agung Datuk Mohd Suhaimi Abdullah dan Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Pemadam Negeri, Datuk Dr Ahmad Shukri Ismail.

Mohd Johari yang juga Timbalan Menteri Pertahanan berkata Pemadam bersedia menubuhkan satu jawatankuasa bagi menggubal rang undang-undang baharu itu agar kewujudan akta itu dapat memberi impak yang baik kepada masyarakat.

“Kita (Pemadam) mempunyai anggota yang pakar dalam hal berkaitan ketum ini dan diharapkan jawatankuasa ini dapat membawa suara akar umbi yang mahukan kesalahan berkaitan ketum terus dibendung,” katanya.

Katanya, ketum, yang berasal dari tanaman liar, kini semakin mendapat sambutan di kalangan masyarakat malah ada yang menanamnya secara meluas.

“Ada juga yang menjadikannya sebagai serbuk dan menjual dalam bentuk pil secara berleluasa di Internet. Ini yang kita mahu bendung kerana ia akan memberi kesan kepada masyarakat khususnya kepada golongan muda masa kini,” katanya. – BERNAMA

Tags: ketum
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Reban Ayam Jadi ‘Makmal’ Ketum

Reban Ayam Jadi ‘Makmal’ Ketum

14/10/2025
0

Ranau: Taktik seorang lelaki menjadikan reban ayam sebagai tempat memproses air ketum terbongkar selepas diserbu sepasukan polis di Kampung Dumpiring,...

ATM Rampas 700kg Ketum

ATM Rampas 700kg Ketum

23/06/2024
0

Kuala Nerang : Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menggagalkan cubaan menyeludup 700 kilogram (kg) daun ketum dianggarkan bernilai lebih RM56,000 ke...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd