• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelaburan KWSP Ke Atas Janakuasa 1MDB Tidak Terjejas

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Kewangan berkata pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ke atas dua janakuasa milik 1Malaysia Development Bhd (1MDB) – Jimah Energy Ventures Sdn Bhd dan Panglima Power Sdn Bhd, tidak terjejas.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Johari Abdul Ghani berkata pelaburan KWSP dalam dua janakuasa tersebut adalah dalam bentuk bon, sebelum 1MDB menguasai dua janakuasa tersebut.

“Saya tidak nampak operasi yang dikendalikan oleh Jimah Energy Ventures dan Panglima Power boleh menjejaskan kedudukan pelaburan KWSP kerana ia tidak secara langsung kepada 1MDB tetapi kepada syarikat yang beroperasi,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Johari berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai) mengenai bagaimana Kementerian Kewangan dan kerajaan memastikan KWSP tidak terkesan akibat pendedahannya menerusi pelaburan dalam 1MDB.

“Kalau kita tengok, pelaburan KWSP ini sungguh terkawal. Pelaburan yang dibuat kepada Jimah Energy Ventures mempunyai kadar kupon sebanyak 7.7 peratus hingga 9.85 peratus.

“(Manakala) kadar kupon bon pelaburan di Panglima Power antara 8.25 peratus dan 8.35 peratus. Kedudukan (penarafan) kedua-dua bon ini masing-masing pada AA3 dan AA1,” katanya.

Pada Mei lepas, Ketua Pegawai Eksekutif KWSP Datuk Shahril Ridza Ridzuan berkta bon RM200 juta yang dilanggan oleh KWSP pada 209 tidak berisiko kerana ia dijamin oleh kerajaan.

Beliau berkata pendedahan KWSP adalah membiayai kedua-dua loji kuasa melalui bon infrastruktur mudah masing-masing pada 2003 dan 2005, sebelum 1MDB mengambil alih syarikat-syarikat berkenaan pada 2012 dan tahun lepas. – BERNAMA

Tags: 1MDBKWSP
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Kata Tak Mahu Serang Sesiapa, Seminit Kemudian Sebut ‘Sakau’ Tabung Haji

PMX Kata Tak Mahu Serang Sesiapa, Seminit Kemudian Sebut ‘Sakau’ Tabung Haji

31/07/2026
0

SEREMBAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam nada lembut ketika berkempen malam ini mendakwa beliau datang ke Negeri...

Rakyat Malu Skandal 1MDB, Tabung Haji, FELDA – Nga Kor Ming

Rakyat Malu Skandal 1MDB, Tabung Haji, FELDA – Nga Kor Ming

25/07/2026
0

SEREMBAN - Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming meminta rakyat Negeri Sembilan tidak melupakan zaman gelap yang didakwa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd