KUALA LUMPUR – Lima lelaki termasuk seorang pegawai polis dan ahli perniagaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi hari ini atas tuduhan berpakat untuk melakukan pembunuhan, pada Julai lalu.
Kelima-lima tertuduh membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Datuk Mohd. Azman Hussin.
ASP Haris Faddila Hasim, 39, yang bertugas di Unit Simpanan Persekutuan (FRU) Pulau Pinang; ahli perniagaan Lau Ngik Yin, 45, didakwa bersama-sama dua bekas pegawai polis Mohd. Nizam Manshor, 34, dan Indra Zaidi Zamani, 32, serta pengawal peribadi Lau, Zainuddin Rosman, 36.
Mahkamah menetapkan 3 November ini untuk perbicaraan kes tersebut.
Kesemua mereka didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada 13 Julai lalu.
Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan. – BERNAMA

