Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Wakaf Mampu Sumbang Pembangunan...

KUALA LUMPUR : Semua lapisan masyarakat perlu memainkan peranan untuk menyemarakkan amalan berwakaf...

Zombie La La La,...

TEATER Zombie La La La merupakan sebuah karya terbaru CTRA Production, yang mana...

Peguambela Dakwa Tertuduh Kes...

KAJANG – Peguambela Yiew Wei Liang, 41, dalam pertuduhan terhadap kematian Syed Muhammad...

Zahid Yakin PRU15 Diadakan...

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yakin Pilihan...

PAS Perlu Jadi Parti Berdisiplin Jika Mahu Sertai Pakatan Harapan

KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (PAN) menetapkan syarat kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) jika benar-benar berhasrat mempelawa PAS menyertai Pakatan Harapan.

Pengarah Kommunikasinya, Khalid Abd. Samad berkata, PKR perlu memastikan PAS telah menjadi sebuah parti yang berdisiplin dan jujur jika mahu menyertai gabungan baharu pembangkang tersebut.

Pengarah Kommunikasi (PAN), Khalid Abd. Samad
Pengarah Kommunikasi Parti Amanah Negara (PAN), Khalid Abd. Samad

“PAN mengalu-alukan pendirian PKR untuk memantapkan Pakatan Harapan dan bersetuju untuk membuka keahlian Pakatan Harapan kepada semua yang berminat untuk menyertainya.

“Namun disiplin dan kejujuran dalam berpakat perlu ditekankan supaya pihak lawan tidak akan berjaya melaga-lagakan anggota Pakatan Harapan sepertimana mereka telah berjaya terhadap Pakatan Rakyat,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Khalid turut menegaskan, setiap anggota parti Pakatan Harapan perlu kommited kepada Pakatan Harapan dan jelas pendirian berhubung siapa kawan dan siapa lawan.

Pakatan Harapan yang ditubuhkan oleh PKR, DAP dan PAN berikutan pembubaran Pakatan Rakyat pada Jun lalu menyisihkan penyertaan PAS.

DAP dan PAN berpandangan pemimpin PAS tidak boleh dipercayai kerana sering berbohong dan mengkhianati semasa berada dalam Pakatan Rakyat.


Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali bagaimanapun membuat pusingan U apabila menegaskan PKR komited untuk mempelawa PAS menyertai Pakatan Harapan.

PKR membuat pusingan U kerana bimbang bakal kehilangan sokongan kaum Melayu berikutan kurang bilangan kaum itu menyertai perhimpunan haram Bersih 4 bagi menumbangkan kerajaan pada Ogos lalu.

Berikutan itu, Timbalan Ketua Pemuda PAN, Faiz Fadzil secara lantang mendesak PKR supaya melupakan PAS dan meneruskan kerjasama dengan DAP dan PAN sahaja.

Sehubungan itu, PKR malam tadi memberi peringatan kepada PAN dan DAP supaya tidak mencampuri pendirian PKR berhubung penyertaan PAS dalam Pakatan Harapan kerana itu merupakan hak PKR. - MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori