• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Kecam Pakatan Harapan, DAP Paling Untung

oleh Ahmad Albab
06/10/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pembentukan Pakatan Harapan oleh DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (PAN) sekadar menonjolkan sikap pentingkan diri pemimpin parti-parti pembangkang.

Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tindakan tergesa-gesa membentuk Pakatan Harapan itu juga menonjolkan kepada rakyat sikap mementingkan diri pihak yang menjadi punca keretakan kepada Pakatan Rakyat.

“Soal agihan kerusi akan menjadi masalah utama. PAS tidak akan bergabung dengan Pakatan Harapan kerana tindakan DAP terhadap PAS.

“Tak mungkin PAS juga boleh terima PAN yang kini sedang menarik ahli PAS dan merampas bangunan PASTI dan markas PAS,” tegasnya dalam satu kenyataan media semalam.

Tuan Ibrahim dalam pada itu mendakwa, PAS terpaksa menyerahkan sebahagian besar kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi parti itu kepada PKR sewaktu berada dalam Pakatan Rakyat.

Justeru, katanya, jika PAS bergabung pula dengan Pakatan Harapan bermakna PAS sekali lagi terpaksa serahkan kerusi kepada parti PAN dan ia tidak mungkin berlaku.

“Melainkan DAP atau PKR sanggup bahagikan kerusi mereka kepada PAN,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menegaskan PAS akan tetap meletakkan calon di semua kerusi yang ditandinginya kerana itu adalah hak PAS.

“Mungkin ada yang akan mendakwa kalau calon PAS tak akan menang, kerana pengundi Cina tak akan beri undi, maka apakah PAN akan menang kalau pengundi Melayu tak memberi undi khususnya ahli dan penyokong PAS.

“Ramai yang melihat yang bakal untung mungkin DAP,” katanya. – mynewshub.cc

https://www.youtube.com/watch?v=Myj-pJqUZyU

Tags: Parti Amanah NegaraPAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Amanah Perjuangkan Islam ‘Rahmatan Lil Alamin’ Perpaduan, Kasih Sayang – Mohamad Sabu

Amanah Perjuangkan Islam ‘Rahmatan Lil Alamin’ Perpaduan, Kasih Sayang – Mohamad Sabu

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti Amanah Negara (Amanah) memperjuangkan Islam 'Rahmatan Lil Alamin' Presidennya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, Islam 'Rahmatan...

Timbalan Menteri Dakwa Kerajaan Madani, Penjawat Awam Jadi Mangsa Fitnah Isu UEC

Timbalan Menteri Dakwa Kerajaan Madani, Penjawat Awam Jadi Mangsa Fitnah Isu UEC

16/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Athirah Sabu kesal kerana Kerajaan Madani didakwa telah difitnah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd