• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, November 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Jangan Sibuk Salahkan Orang Lain, Kata Salahuddin

oleh Ahmad Albab
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (PAN) memberi amaran kepada pimpinan PAS supaya tidak menyalahkan Pakatan Harapan berikutan perpecahan dalaman yang berlaku ke atas parti itu waktu ini.

Timbalan Presiden PAN, Salahuddin Ayub berkata, PAS tidak sepatutnya menuding jari kononnya orang lain angkara perpecahan dan masalah dalaman yang sedang dihadapi PAS.

“Menyalahkan penubuhan Pakatan Harapan sebagai punca pergolakan dan perpecahan tanpa melakukan muhasabah dan penambaikan serta nilai tambah merupakan sikap yang terbelakang yang jauh sekali gagal untuk memimpin perubahan masa yang semakin kritikal.

“Janganlah kita leka menyalahkan orang lain dan tidak mekakukan apa-apa sumbangan untuk sama-sama melaksanakan agenda besar,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man semalam mengkritik pembentukan gabungan baharu parti pembangkang yang dikenali sebagai Pakatan Harapan.

Tuan Ibrahim menegaskan pembentukan Pakatan Harapan sekadar menonjolkan sikap pentingkan diri pemimpin parti-parti pembangkang yang beliau dipercayai merujuk kepada PAN.

“Tindakan tergesa-gesa membentuk Pakatan Harapan itu menonjolkan kepada rakyat sikap mementingkan diri pihak yang menjadi punca keretakan kepada Pakatan Rakyat,” tegas Tuan Ibrahim.

Pakatan Rakyat yang dianggotai DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS sejak tahun 2008 berkubur pada Jun lalu dengan pengumuman oleh DAP berikutan langkah PAS membuat keputusan memutuskan kerjasama dengan DAP.

Berikutan itu, beberapa bekas pemimpin PAS yang pro-Pakatan Rakyat bertindak meninggalkan PAS untuk mewujudkan PAN dengan membawa ramai ahli dan penyokong PAS bersama-sama mereka. – mynewshub.cc

Tags: Parti Amanah NegaraPAS
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PAS Gesa Kerajaan Jelaskan Kelewatan Pelaksanaan Titah Pengampunan Najib

PAS Gesa Kerajaan Jelaskan Kelewatan Pelaksanaan Titah Pengampunan Najib

07/11/2026
0

KUALA LUMPUR - PAS menggesa kerajaan, khususnya Jabatan Peguam Negara (AGC), memberikan penjelasan tuntas berhubung kelewatan pelaksanaan titah pengampunan bersyarat...

PAS Tidak Boleh Berikan Syurga Kepada Sesiapa, Syurga Milik Allah’ – Abdul Hadi

PAS Tidak Boleh Berikan Syurga Kepada Sesiapa, Syurga Milik Allah’ – Abdul Hadi

02/11/2026
0

KUALA LUMPUR – Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa parti itu tidak boleh memberikan syurga kepada sesiapa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd