• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Parti Amanah Sebenarnya Parti DAP, Kata PAS Selangor

oleh Ahmad Albab
31/10/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (PAN) sebenarnya adalah suara parti DAP yang mahukan kerusi-kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang pernah ditandingi dan dimenangi oleh PAS.

Setiausaha PAS Selangor, Mohd. Khairuddin Othman berkata, perkara itu terbukti melalui kenyataan Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua yang mirip kenyataan PAN sebelum ini.

“Kedua-duanya (PAN dan DAP) berminat untuk bertanding di beberapa kerusi yang telah dimenangi oleh PAS dalam pilihan raya umum yang lalu.

“Kita menghormati demokrasi dan kita akan mengekalkan kerusi kita yang kita tandingi dalam pilihan raya yang lalu,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Justeru, kata, Mohd. Khairuddin, DAP dan PAN tidak sewajarnya menimbulkan soal PAS berundur atau memberi laluan kepada DAP dan PAN untuk bertanding di kawasan tertentu di Selangor.

“Biar rakyat yang tentukan parti mana pilihan mereka kelak,” katanya.

Mohd. Khairuddin turut mempersoalkan rasional DAP hendak bertanding di kerusi yang 70 peratus pengundinya merupakan kaum Melayu.

“PAS Selangor adalah tetap mempertahankan kerusi yang ada walau apapun keputusan yang bakal diterima kelak,” katanya. – mynewshub.cc

Tags: PANPAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Teresa Kok Saran Ulama Pas Berkelah Di Pantai Langkawi Sambil Pakai Baju Tradisional Kedah

Teresa Kok Saran Ulama Pas Berkelah Di Pantai Langkawi Sambil Pakai Baju Tradisional Kedah

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Seputeh DAP, Teresa Kok mendakwa Langkawi kini ketinggalan berbanding Phuket dan Bali sebagai destinasi pelancongan....

‘Ekstremis Dalam UMNO, PN dan Pas Patut Berasa Malu’ – Lim Guan Eng

‘Ekstremis Dalam UMNO, PN dan Pas Patut Berasa Malu’ – Lim Guan Eng

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Penasihat DAP, Lim Guan Eng mendakwa Barisan Nasional (BN), UMNO, Perikatan Nasional (PN) dan Pas patut berasa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd