• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, November 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ongkili Saran Lebih Banyak Mini RTC Diwujudkan Di Sabah

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
2
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA MARUDU – Kerajaan disaran mewujudkan lebih banyak mini Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) di Sabah sebagai landasan membawa transformasi ekonomi dan pembangunan sosial kepada rakyat negeri ini.

Anggota Parlimen Kota Marudu, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili berkata ia bukan sahaja pusat sumber informasi tetapi sebagai usaha membawa pembangunan dengan lebih dekat kepada masyarakat luar bandar dalam bidang pendidikan, latihan, keusahawanan dan pembangunan kemahiran belia.

Justeru, beliau menyarankan supaya pihak berkaitan membina lebih dua mini RTC di setiap kawasan Parlimen memandangkan ada kawasan terlalu luas dan mempunyai dua daerah.

Ongkili, yang juga Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan mini RTC Kampung Pinatau di sini, hari ini.

Mini RTC ke-19 di Sabah itu akan memberi manfaat kepada lebih 1,000 penduduk kampung tersebut.

Ongkili berharap penduduk setempat memanfaatkan sepenuhnya kemudahan teknologi maklumat termasuk menyertai program komuniti serta kursus kemahiran yang disediakan di mini RTC itu.

Beliau juga mahu maklumat mengenai mini RTC di kampung tersebut disebarluaskan kepada penduduk setempat agar mereka mengetahui kewujudan pusat berkenaan dan kemudahan serta pelbagai program yang dilaksanakan.

Pada majlis sama, Ongkili turut merasmikan Karnival Usahawan dan Pendidikan MARA anjuran Majlis Amanah Rakyat (MARA) Sabah. – BERNAMA

Tags: RTCSabah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

KKM Buka 750 Jawatan Tetap Pegawai Perubatan Di Sabah, Sarawak

KKM Buka 750 Jawatan Tetap Pegawai Perubatan Di Sabah, Sarawak

29/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan melaksanakan pengambilan khas secara tetap bagi Pegawai Perubatan Gred UD10 untuk mengisi...

Konsert Israel Houghton Wajar Dibenarkan, Hormati Hak Kebebasan – Shafie Apdal

Konsert Israel Houghton Wajar Dibenarkan, Hormati Hak Kebebasan – Shafie Apdal

03/10/2026
0

KOTA KINABALU - Presiden Parti Warisan (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berpendirian konsert yang dicadangkan oleh artis Kristian dari...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd