Tuesday, June 18, 2024

Creating liberating content

Individu Miliki Dua Kerakyatan...

KUALA LUMPUR - Mungkin ramai pernah mendengar ada kalangan rakyat negara ini memiliki...

Gambar Kemeriahan Majlis Akikah...

WAH meriahnya majlis cukur jambul dan akikah anak pasangan selebriti Fizz Fairuz dan...

Pertemuan Jokowi, Xi Jinping...

JAKARTA – Presiden Joko Widodo (Jokowi) dijadualkan bertemu rakan sejawatnya dari China, Xi...

Ambulans Pun Kena Curi...

SEORANG pemilik bengkel cemas apabila sebuah ambulans yang yang sepatutnya dibaiki didapati hilang...

NGO Malaysia Desak Raja Jordan Tuntut Balik Al-Aqsa

KUALA LUMPUR - Perhimpunan sempena Kempen Selamatkan Masjid Al-Aqsa di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat menuntut Raja Jordan menuntut balik Baitulmaqdis daripada penguasaan Israel.

Perkara itu dinyatakan Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Mohd. Azmi Abdul Hamid kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum bantahan kepada wakil Duta AS, Joseph Yun.

“Raja Abdullah yang memerintah Jordan adalah penjaga kota suci ketiga umat Islam itu dan kerajaan Malaysia boleh berperanan meminta baginda bertegas menuntut semula Baitulmaqdis yang dikuasai Israel,” kata beliau.

Untuk rekod, dua lagi tempat suci umat Islam, Makkah dan Madinah adalah di bawah pentadbiran Raja Salman ibn Abdulaziz yang mewarisi hak sebagai penjaga tanah suci tersebut susulan pembentukan Arab Saudi pada 1923.

Manakala Raja Jordan yang merupakan keturunan Nabi Muhammad SAW daripada Bani Hashimiyyah dianggap secara teknikal adalah penjaga Masjid Al-Aqsa dan kawasan Baitulmaqdis di wilayah Tebing Barat, Palestin.

Ini kerana Palestin yang dahulunya membentuk wilayah Syam atau disebut dalam bahasa Inggeris sebagai Levant turut meliputi Jordan, Syria, Lubnan, Israel dan Cyprus dengan pemerintahan berpusat di Amman.

DSC_3269 copy
Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Mohd. Azmi Abdul Hamid

Mengulas lanjut Mohd. Azmi berkata, Raja Jordan ada pengaruh besar dalam geopolitik Asia Barat khasnya isu Palestin malahan dihormati kerajaan Israel kerana prinsip baginda sebagai pendamai konflik Yahudi-Islam.

“Raja Jordan boleh berbuat sesuatu dan Malaysia yang turut disegani di peringkat antarabangsa boleh guna pengaruh ke atas baginda untuk menghentikan keganasan rejim Zionis di Masjid Al-Aqsa,” jelas beliau.

Terdahulu Mohd. Azmi ditemani Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Mohamad Raimi Abdul Rahim dibenarkan pihak polis melepasi sekatan untuk masuk ke pintu utama bangunan Kedutaan AS di Jalan Tun Razak.

Namun memorandum bantahan rakyat Malaysia yang menggesa AS mengambil tindakan ke atas Israel berhubung pencabulan terhadap Masjid Al-Aqsa hanya disampaikan secara terus kepada Ketua Keselamatan Kedutaan AS.

“Kita telah menuntut untuk berjumpa sendiri Duta Besar AS, Joseph Yun tetapi pihak kedutaan beri alasan dia tidak ada pada masa itu. Jadi yang terima memorandum ialah Ketua Keselamatan Kedutaan AS,” tambahnya.

DSC_3289 copy

DSC_3283 copy


“Menurutnya, memorandum kita itu akan segera disampaikan kepada Presiden Barack Obama melalui faksimile. Kita telah menegaskan kepadanya tentang kemarahan umat Islam Malaysia dan seluruh dunia.

“Kita meminta Obama mesti bertindak kerana hanya dia mempunyai pengaruh yang kuat ke atas Israel,” ujar Mohd. Azmi kepada pemberita pada perhimpunan yang disertai lebih 1,000 orang daripada pelbagai NGO.

Menurut intipati memorandum, perbuatan mencemar kesucian masjid ketiga paling suci bagi umat Islam itu oleh tentera Israel dan penduduk Yahudi adalah secara terang-terangan mahu mencetuskan perang terhadap Islam.

Memorandum tersebut turut menuntut Obama bertegas memerintahkan Israel agar keluar segera dari kawasan Al-Aqsa selain desak dibebaskan semua rakyat Palestin yang ditangkap oleh pihak berkuasa Zionis selama ini.

Selain itu mereka turut meminta rejim Israel bertanggungjawab ke atas kecederaan orang awam serta kerosakan masjid tersebut akibat tindakan biadap penduduk Yahudi menceroboh kawasan berkenaan sejak bulan lalu.

DSC_3294 copy

al aqsa

Penyerahan memorandum itu adalah sebagai kemuncak perhimpunan Kempen Selamatkan Masjid Al-Aqsa yang dimulakan dengan perarakan bermula dari pekarangan bangunan Tabung Haji sejurus selesai solat Jumaat.

Pihak penganjur juga memberitahu, akan mengadakan perjumpaan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sejurus beliau pulang dari luar negara untuk menyatakan tentang intipati kempen dan perhimpunan itu.

“Kita menyatakan bahawa Masjid Al-Aqsa tidak boleh dipecahkan untuk kegunaan orang Islam dan Yahudi kerana ia adalah masjid warisan eksklusif kepunyaan penganut Islam sahaja sejak zaman dahulu lagi,” tegas Mohd. Azmi.

Perhimpunan secara aman tersebut disertai gabungan 47 buah badan bukan kerajaan (NGO) serta empat parti politik negara iaitu UMNO, PAS, Parti Keadilan Rakyat dan Parti Amanah Negara. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori