• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, January 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video: Ngeri… Wanita Ditetak Bertalu-Talu Di Port Dickson

oleh AK-47
09/10/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

RAKAMAN video yang memaparkan aksi seorang wanita ditetak bertalu-talu oleh dua orang lelaki yang dipercayai suami dan rakan mangsa telah menggemparkan rakyat Malaysia.

Kejadian dikatakan berlaku di Port Dickson, Negeri Sembilan di mana menunjukkan wanita berkenaan ditetak bertalu-talu di hadapan rumahnya dan cuba dileraikan oleh seorang wanita lain yang dipercayai ibu mangsa namun gagal.

(Amaran! Paparan video kejadian mungkin akan mengganggu emosi, jika tidak kuat semangat dinasihatkan untuk tidak melihat.)

http://www.dailymotion.com/video/x38moc7_rakaman-seorang-wanita-ditetak-di-port-dickson_news

Bagaimanapun, pihak polis telah berjaya menahan kedua-dua suspek berkenaan 30 minit selepas kejadian berlaku setelah mendapat maklumat daripada ahli keluarga mangsa.

Menurut laporan daripada Sinar Harian, suspek berusia 24 dan 26 tahun itu ditahan polis kira-kira jam 7 malam kelmarin di Plaza Tol Mambau selepas menetak seorang wanita berusia 20-an itu di kediamannya di Taman PD Utama, di sini kira-kira jam 6.30 petang.

Punca kejadian dikatakan adalah disebabkan hasrat mangsa yang membuat keputusan untuk bercerai dengan suspek, seperti mana yang diberitahu oleh seorang pengguna Facebook, Jay Alagan yang mengenali mangsa.

“Saya kenal perempuan ini. Baru semalam saya pergi melawat dia di hospital. Keadaan dia masih kritikal. Kedua-dua belah tangannya patah dan beberapa urat serta satu jari putus. Mangsa cedera parah di bahagian badan, tangan dan kepala,” katanya.

Menurut Jay, suami kepada mangsa tidak berpuas hati dengan tindakan mangsa yang menuntut cerai darinya.

“Suami dia tidak puas hati apabila dia meminta untuk diceraikan. Lelaki ini juga pernah cuba membakar rumah dan mengugut mahu membunuh isterinya sendiri. Ibu bapa mangsa siap bagi video rakaman CCTV yang menunjukkan menantu mereka membaling botol petrol di rumah anak mereka. Sehinggakan jiran-jiran terpaksa keluar membantu memadamkan api kebakaran.

“Terancam dengan tindakan lelaki itu, bapa mangsa membuat laporan polis dan difahamkan sudah beberapa kali dibuat ke atas lelaki ini. Namun, pihak polis dikatakan tidak pernah mengambil apa-apa siasatan keatas lelaki itu dengan alasan bukti tidak mencukupi.

“Sebelum ni bapa perempuan tu da buat lima laporan polis terhadap menantu dia sebab dua kali dia cuba membakar rumah dan ugut nak bunuh anak perempuan dia tetapi polis tak ambil apa-apa tindakan disebabkan tidak ada bukti yang cukup. Bodoh!” ulas Jay dengan penuh marahnya.

“Sekarang, bila mangsa sudah cedera parah, baru polis mahu bertindak,” kata Jay yang kecewa pada polis yang didakwanya gagal bertindak cepat.

Mangsa mengalami kecederaan parah di kepala, tangan dan anggota badan kini sedang mendapatkan rawatan di Hospital Port Dickson. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: hzqahmd

Tags: ditetakJenayahkejamMasyarakat India
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Gubal Undang-undang Pastikan Kerajaan Kekal Hingga Akhir Penggal – Ahmad Zahid

Anggota Tentera Parah Ditetak Angkara Hutang

13/01/2024
0

MELAKA: Seorang anggota tentera berpangkat Koperal, cedera pergelangan tangan kiri akibat ditetak dengan parang oleh tiga individu tidak dikenali yang...

Pelaku Memang Ada ‘Niat’

Pelaku Memang Ada ‘Niat’

31/12/2023
0

Kuala Lumpur : Masyarakat Malaysia sering digambarkan sebagai masyarakat beradab, kaya dengan budi bahasa, bertimbang rasa dan berpekerti mulia. IKUTI...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd