• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nelayan Selamat Selepas Seminggu Hanyut Di Laut

oleh Ahmad Albab
30/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Tiga orang nelayan yang hanyut di Laut China Selatan sejak seminggu lalu ditemui selamat.

Mereka yang berusia antara 26 hingga 30 tahun dan berasal dari Losong dan Batu Enam tiba di pangkalan jeti Losong kira-kira pukul 3 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Idris Abd Rafar berkata mereka keluar menangkap ikan dari pangkalan jeti Losong kira-kira pukul 7.30 pagi Jumaat lalu.

Katanya bagaimanapun dua hari selepas itu bot mereka mengalami kerosakan enjin serta alat perhubungan mereka tidak berfungsi.

“Susulan kerosakan itu bot mereka dihanyutkan arus hingga berhampiran Pelantar Minyak Dulang B kira-kira 68 batu nautika dari Kuala Terengganu.

“Mereka kemudiannya terserempak dengan sebuah bot yang menghantar bekalan makanan kepada pekerja di pelantar berkenaan,” kata Idris dalam sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata sebuah bot nelayan kemudiannya menunda bot mereka hingga Pulau Redang kira-kira pukul 9 malam semalam sebelum bot mereka dibaiki dan mereka bergerak pulang ke jeti Losong. – BERNAMA

Tags: HanyutNelayan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir menegaskan adalah menjadi kewajipan kerajaan membantu golongan nelayan...

Mayat Remaja 14 Tahun Lemas Ketika Ambil Bola Ditemui Selepas Tiga Hari Pencarian

Mayat Remaja 14 Tahun Lemas Ketika Ambil Bola Ditemui Selepas Tiga Hari Pencarian

07/12/2025
0

KAJANG – Mayat seorang remaja lelaki yang dilaporkan lemas ketika cuba mengambil bola di sebuah longkang besar di Taman Prima...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd