• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mayat Remaja 14 Tahun Lemas Ketika Ambil Bola Ditemui Selepas Tiga Hari Pencarian

oleh Mohd Arshad
07/12/2025
dalam Utama & Sensasi
0
Mayat Remaja 14 Tahun Lemas Ketika Ambil Bola Ditemui Selepas Tiga Hari Pencarian
Share on FacebookShare on Twitter

KAJANG – Mayat seorang remaja lelaki yang dilaporkan lemas ketika cuba mengambil bola di sebuah longkang besar di Taman Prima Saujana akhirnya ditemui petang tadi selepas tiga hari operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan.

Mangsa, Khalish Shahdan, 14, ditemui dalam sebuah takungan air berhampiran sebuah pasar raya di kawasan Prima Saujana setelah pasukan SAR mengesan bau mencurigakan di lokasi tersebut.

 

Operasi mengeluarkan mayat selesai sekitar jam 8.45 malam sebelum dibawa ke Hospital Kajang untuk proses bedah siasat.

Sejak awal petang, ahli keluarga mangsa berkumpul di lokasi bagi mengikuti rapat perkembangan operasi SAR.

Ibu saudara mangsa, Nor Zieta Ibrahim, 39, berkata sekeluarga bergegas ke tempat kejadian sebaik dimaklumkan mengenai penemuan mayat sekitar jam 5 petang.

“Kami bersyukur akhirnya Khalish ditemui selepas penantian penuh debaran selama tiga hari. Sepanjang tempoh itu, keluarga mengadakan doa tahlil dan solat hajat agar urusan pencarian dipermudahkan. Penemuan ini sedikit sebanyak meredakan keresahan ibu bapanya yang kehilangan dua anak sekali gus,” katanya.

Dalam kejadian Khamis lalu, Khalish dan sepupunya, Qayyum Shaqeel, 12, terjatuh ke dalam longkang besar sebelum dihanyutkan arus deras ketika cuba mengambil bola yang terjatuh.

Mayat Qayyum ditemui kira-kira dua kilometer dari lokasi kejadian di Sungai Merbau, Kampung Sungai Kantan, pada jam 7.47 malam hari sama.

Tags: Hanyut
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

‘Mayat Mungkin Hanyut Ke Laut Jika Tak Tersekat Di Perangkap Sampah’ – Ketua Polis Dang Wangi

‘Mayat Mungkin Hanyut Ke Laut Jika Tak Tersekat Di Perangkap Sampah’ – Ketua Polis Dang Wangi

21/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Mayat lelaki yang dihanyutkan kepala air di Sungai Klang, di sini, Isnin lalu ditemukan tersangkut pada perangkap sampah...

Mayat Mangsa Dihanyut Arus Sejauh 65 KM

Mayat Mangsa Dihanyut Arus Sejauh 65 KM

21/11/2025
0

KUALA LUMPUR - Mayat mangsa yang dihanyutkan arus deras Sungai Klang berhampiran Jambatan Saloma di sini ditemui dalam jarak 65...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd