• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mukhriz Nafi Kedah Perkenal Kod Pakaian Wanita Islam

oleh Ahmad Albab
15/10/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Kerajaan negeri Kedah menafikan ia bercadang memperkenalkan peraturan berpakaian bagi wanita beragama Islam di negeri ini, kata Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, pada Selasa.

Menurutnya, Kedah dan Malaysia merupakan negara majmuk yang berbilang kaum dan mesej tersebar menerusi aplikasi WhatsApp tentang cadangan itu berkemungkinan merupakan usaha sabotaj program Discover Kedah tahun depan.

“Itu (cadangan) adalah tidak benar. Kita tidak berhasrat ke tahap sampai hendak menguatkuasa pakaian wanita di Kedah. Di Kedah kita memberi ruang dan tidak ada sampai ‘strict’ sangat.

“Pada akhirnya, ia antara seseorang dengan tuhannya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan ‘Exporters Forum’ anjuran Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) di sini.

Mukhriz meminta semua pihak tidak risau tentang perkara ini kerana sehingga kini tiada cadangan mengenai kod pakaian wanita Islam di Kedah dikemukakan di peringkat kerajaan negeri.

Mukhriz berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Agama, Hal Ehwal Masyarakat India dan Siam, Sumber Tenaga Manusia dan Pelancongan Negeri, Datuk Mohd Rawi Abdul Hamid mengenai perkara itu semalam.

Beliau berkata, kerajaan negeri mempunyai cadangan untuk melaksanakan peraturan berpakaian itu walaupun pada ketika ini mereka masih di peringkat perbincangan dengan Majlis Agama Negeri Kedah mengenainya.

Menteri Besar berkata, perkara mengenai cara berpakaian seseorang itu bukanlah sesuatu yang boleh dijadikan peraturan, lebih-lebih di sebuah negeri dan negara yang majmuk serta pelbagai kaum.

Terdahulu ketika merasmikan ‘Exporters Forum’ itu yang turut dihadiri Pengerusi Matrade, Datuk Noraini Ahmad, beliau meminta lebih banyak syarikat-syarikat Kedah mendaftar dengan agensi itu.

Pada ketika ini menurutnya, hanya ada 369 syarikat-syarikat daripada Kedah yang berdaftar dengan Matrade dan usaha perlu dilakukan untuk menambah bilangan mereka kepada sekali ganda dalam tempoh terdekat. – BERNAMA

Tags: KedahKod PakaianMukhriz Mahathir
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

‘Menolak DAP Bukan Bermakna Menolak Kaum Cina’

‘Menolak DAP Bukan Bermakna Menolak Kaum Cina’

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Menolak DAP tidak bermakna menolak kaum Cina kerana politik dan kaum merupakan dua perkara berbeza. Exco Pengajian...

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Seorang pemimpin DAP mendakwa negeri yang mempunyai penglibatan parti itu dalam pentadbiran kerajaannya menunjukkan pembangunan ekonomi yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd