• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Muhyiddin, Shafie Tuduh Polis Salah Guna Kuasa

oleh Ahmad Albab
14/10/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden, Datuk Seri Shafie Apdal dalam satu kenyataan bersama beberapa bekas pemimpin UMNO dan MCA mendakwa polis menyalahgunakan kuasa dengan menahan bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguamnya, Matthias Chang.

Muhyiddin dan Shafie yang digugurkan daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri dalam kenyataan bersama itu mendakwa, penggunaan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau SOSMA 2012 untuk menahan kedua-dua individu tersebut kononnya bertentangan dengan tujuan akta berkenaan diluluskan oleh Parlimen.

“Amatlah malang bagi rakyat Malaysia apabila tindakan tersebut diambil oleh pihak berkuasa, mesej yang sampai kepada rakyat ialah apabila seseorang melaporkan berlaku kesalahan, orang yang membuat laporan akan ditangkap.

“Oleh kerana tidak ada undang-undang yang dapat digunakan untuk menahan dan menangkap orang yang membuat laporan maka digunakan satu undang-undang yang digubal untuk tujuan memelihara keselamatan negara dan ketenteraman awam serta memperuntukkan satu hukuman yang berat untuk membuat tahanan dan tangkapan,” dakwa mereka menerusi kenyataan itu hari ini.

Kenyataan kedua-dua mereka itu dikeluarkan secara bersama Tun Dr. Mahathir Mohamad, Tun Ling Liong Sik, Tengku Razaleigh Hamzah, Tan Sri Ong Tee Keat dan Tan Sri Sanusi Junid.

Menurut kenyataan bersama itu, Matthias adalah peguam yang mengiringi Khairuddin membuat laporan mengenai dakwaan salahlaku 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kepada pihak-pihak berkuasa di dalam dan di luar Malaysia.

42a23bd293774d62231cd1647a5a1754

Dakwa mereka, tindakan dua individu itu tidak bercanggah dengan undang-undang mana-mana negara dan tidak boleh dianggap sebagai suatu ancaman kepada ketenteraman dan keselamatan awam yang dilindungi oleh SOSMA.

“Laporan-laporan yang dibuat oleh Khairuddin adalah mengikut lunas-lunas demokrasi serta hak yang dijamin oleh mana-mana negara yang mengamalkan sistem demokrasi,” dakwa mereka.

Sehubungan itu, ketujuh-tujuh mereka menegaskan penahanan Matthias dan Khairuddin di bawah SOSMA adalah satu bentuk penyalahgunaan proses undang-undang oleh pihak berkuasa.

“Ia menyekat hak dan kebebasan individu untuk mengambil suatu tindakan yang sah dalam sebuah negara yang menjunjung keluhuran Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang,” dakwa mereka lagi.

Kenyataan itu turut mendesak polis membebaskan kedua-dua individu tersebut serta merta dan memberi jaminan bahawa tiada sesiapa lagi akan ditahan di bawah SOSMA hanya kerana menyatakan pandangan, pendapat dan kritikan.

Khairuddin sebelum ini direman selama enam hari mulai 19 September lalu mengikut Seksyen 124C Kanun Keseksaan atas dakwaan cuba melakukan aktiviti yang boleh menjejaskan demokrasi berparlimen.

Pada 23 September 2015, Khairuddin ditahan semula di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di bawah SOSMA 2012 atas dakwaan cuba melakukan aktiviti yang boleh mensabotaj negara. – MYNEWSHUB.CC

Tags: MCApolisShafie ApdalUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

17/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Sudah sampai masanya untuk UMNO keluar Kerajaan Perpaduan, kata Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh....

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

17/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) Johor yakin dapat ‘menguburkan’ Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd