• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Moto2: Hafizh Syahrin Resah Dengan Jentera

oleh Ahmad Albab
24/10/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah masih runsing dengan keadaan jenteranya dan berharap pasukan Petronas Raceline Malaysia dapat mencari pelarasan terbaik sebelum perlumbaan Motosikal Grand Prix (MotoGP) Malaysia di Litar Sepang esok.

Hafizh Syahrin berkata kemalangan yang dihadapinya ketika beraksi di Litar Philip Island, Australia minggu lepas mempengaruhi aksinya dalam sesi latihan serta pusingan kelayakan hari ini.

Hafizh Syahrin akan bermula pada petak ke-18 pada perlumbaan esok selepas membuat catatan masa dua minit 08.206 saat pada pusingan kelayakan tadi.

Beliau berkata strategi pelarasan pada tayar pada aksinya petang tadi tidak menjadi kerana keadaan trek basah di beberapa pusingan menghalang beliau untuk pergi lebih laju.

“Strategi menggunakan ‘tayar lembut’ hari ini tidak menjadi. Saya sedikit tertekan kerana sasaran saya untuk memperbaiki catatan masa di pusingan kelayakan tidak tercapai. Keadaan trek yang beralun juga turut mempengaruhi pelarasan yang telah dibuat oleh pasukan,” kata Hafizh.

“Selepas kemalangan di Australia minggu lepas, kami ‘bergelut’ dalam mencari pelarasan untuk motosikal. Kemalangan itu juga menjejaskan keyakinan saya tetapi saya percaya pasukan akan melakukan sesuatu untuk jentera saya dan saya juga perlu fokus untuk perlumbaan esok,” katanya.

Sementara itu seorang lagi pelumba Moto2 negara, Azlan Shah Kamaruzaman dari pasukan Idemitsu Honda Team Asia akan memulakan perlumbaan di petak ke-16 selepas membuat catatan masa 2:07.643s.

“Hujan di beberapa pusingan dan berjerebu menjejaskan aksi saya di pusingan kelayakan hari ini…dari segi pelarasan motorsikal, pasukan telah menyediakan jentera yang bagus. Saya sasar untuk menamatkan perlumbaan esok dalam kelompok sepuluh terbaik,” kata Azlan Shah. – BERNAMA

Tags: MotoGP
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penganjuran MotoGP Lebih Murah Berbanding F1, Formula E

Penganjuran MotoGP Lebih Murah Berbanding F1, Formula E

21/03/2024
0

KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan memaklumkan penganjuran Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) lebih murah dibandingkan dengan Formula Satu (F1) dan...

Bagnaia Sambar Petak Utama, Lebur Rekod Sepusingan Terpantas

Bagnaia Sambar Petak Utama, Lebur Rekod Sepusingan Terpantas

11/11/2023
0

SEPANG: Juara bertahan MotoGP dari pasukan Ducati Lenovo Team, Francesco Bagnaia menyambar petak utama perlumbaan Grand Prix (GP) Malaysia 2023...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd