• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MH17: Pesawat Ditembak Peluru Berpandu Buatan Rusia

oleh Ahmad Albab
14/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

AMSTERDAM – Lembaga Keselamatan Belanda yang akan mengeluarkan laporan siasatan berhubung tragedi yang menimpa pesawat MH17 pada Selasa dijangka memaklumkan ia ditembak peluru berpandu buatan Rusia, tanpa mendedahkan pihak yang bertanggungjawab melepaskan tembakan itu.

Pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) itu ditembak di wilayah bergolak oleh puak pemberontak pro-Rusia di timur Ukraine pada 17 Julai 2014 dan mengakibatkan 298 penumpangnya termasuk warga Belanda terkorban.

Menurut laman web www.onderzoeksraad.nl, ia akan menyediakan dokumen yang mengandungi semua aspek siasatan.

Dokumen itu bertajuk ‘About the Investigation’ akan diterbitkan dalam bahasa Inggeris dan Belanda.

Beberapa pihak percaya tindakan pemberontak menembak pesawat itu kerana menganggap ia adalah milik tentera Ukraine.

Laman web itu berkata Pengerusi Siasatan, Tjibbe Joustra akan terlebih dulu memaklumkan kepada keluarga mangsa hasil siasatan di The Hague pada 11 pagi (waktu tempatan), sebelum memaklumkan kepada pihak media di pangkalan udara Gilze-Rijen pada 1.15 tengah hari dan mengeluarkan laporan tersebut pada 1.45 tengah hari.

Laporan itu antara lain memfokuskan kepada punca terhempas dan berkaitan isu penerbangan di kawasan zon konflik.

Pesawat MH17 yang membawa 298 penumpang dan anak kapal dalam penerbangan dari Amsterdam menuju Kuala Lumpur apabila ia dipercayai ditembak jatuh di ruang udara di selatan Ukraine pada 17 Julai tahun lalu. – mStar Online

Tags: MH17Peluru BerpanduRusia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Russia Digantung Kerana Perang, AS Dan Israel Tak Mengapa – Apa Sudah Jadi Pada FIFA? 

Russia Digantung Kerana Perang, AS Dan Israel Tak Mengapa – Apa Sudah Jadi Pada FIFA? 

11/03/2026
0

Oleh Mynewshub APABILA Russia menceroboh Ukraine pada 2022, Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) terus menggantung negara...

Menunggu Macam Orang Bodoh – Pakistan Keluar Nota Bantahan Kepada Rusia

Menunggu Macam Orang Bodoh – Pakistan Keluar Nota Bantahan Kepada Rusia

13/12/2025
0

BREAKING: Pakistan Mengeluarkan Protes Diplomatik Ke Atas Rusia Selepas Putin Tidak Hadir Pada Pertemuan Dengan PM Shehbaz Sharif Ashgabat, Turkmenistan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd