Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Masyarakat Dituntut Jauhi Perselisihan...

SEREMBAN - Masyarakat di Negeri Sembilan dituntut untuk menjauhi segala bentuk perselisihan dan...

Lelaki Dipaksa Kahwin Dengan...

SEORANG penternak yang ditangkap sedang melakukan seks dengan seekor keldai telah dipaksa oleh...

Zaid Ibrahim Nyatakan Pendirian...

KUALA LUMPUR – Aktivis politik, Datuk Zaid Ibrahim menyatakan pendirian untuk bersama Tunku...

Perahu Karam, Budak Lelaki...

KUCHING – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dikhuatiri lemas apabila perahu yang...

MH17: Malaysia, JIT Tekad Tegakkan Keadilan – Liow

KUALA LUMPUR – Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata bersandarkan laporan siasatan akhir yang dikeluarkan Lembaga Keselamatan Belanda (DSB) hari ini, Malaysia bersama Pasukan Siasatan Bersama (JIT) berasa lebih cekal untuk mencari keadilan buat mangsa MH17 yang terkorban.

Beliau berkata Malaysia sebagai sebahagian daripada anggota JIT, kekal dengan satu matlamat untuk membawa mereka yang bertanggungjawab ke muka pengadilan.

“Tribunal antarabangsa di bawah Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) mungkin telah diveto tetapi perjuangan kami untuk keadilan masih belum selesai.

“Malaysia bersama-sama rakan JIT – Belanda, Belgium, Ukraine dan Australia sedang berusaha untuk mengguna pakai satu perjanjian bagi menubuhkan satu mahkamah antarabangsa bebas dalam usaha mendapatkan mekanisme pendakwaan efektif terhadap mereka yang bertanggungjawab,” kata beliau dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

liow

Pada 14 Julai lepas, lima negara iaitu Malaysia, Australia, Belgium, Belanda dan Ukraine telah meminta Majlis Keselamatan PBB supaya menubuhkan sebuah tribunal jenayah antarabangsa bagi membicarakan mereka yang bertanggungjawab ke atas jenayah menembak jatuh MH17.


Bagaimanapun, Rusia menggunakan kuasa vetonya dalam Majlis Keselamatan PBB untuk menghalang cadangan itu pada 30 Julai lepas.

“Kita tidak boleh melengahkan lagi pelaksanaan perubahan di dalam cara penerbangan komersial global beroperasi.

“Perlu ada laporan tepat pada waktunya mengenai maklumat berkaitan risiko penerbangan kepada Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) oleh negara anggota dan ICAO mesti menubuhkan protokol sejagat untuk menyebarkan maklumat ini kepada negara anggota dan syarikat penerbangan yang akan memberikan perbezaan antara hidup dan mati,” kata beliau.

Laporan 279 muka surat DSB hari ini mengesahkan pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH17 ditembak jatuh menggunakan sebuah peluru berpandu darat ke udara BUK di timur Ukraine tahun lepas yang mengorbankan kesemua 283 penumpang dan anak kapal. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori