• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pameran Lukisan Alumni Sempena 30 Tahun UTM Bersama Johor

oleh Ahmad Albab
12/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Permaisuri Johor yang juga Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah hari ini berkenan merasmikan pameran lukisan oleh alumni UTM di sini, hari ini.

Pameran bermula semalam sehingga 30 Oktober depan di Pusat Konvensyen, Fakulti Alam Bina UTM diadakan bersempena sambutan 30 Tahun UTM Bersama Johor.

Lebih 100 lukisan hasil karya 10 alumni Jabatan Senibina, Fakulti Alam Bina menjadi tatapan umum menerusi pameran yang dibuka kepada warga UTM serta pihak luar.

Berucap pada majlis perasmian, Naib Canselor UTM, Prof Datuk Ir Dr. Wahid Omar berkata pihaknya percaya pameran itu dapat memartabatkan universiti itu sebagai salah satu institusi yang bukan sahaja unggul dalam bidang kejuruteraan dan teknologi malah pelbagai aktiviti kesenian.

Wahid berkata pihaknya yakin aktiviti seumpama itu mampu membawa mesej jelas kepada masyarakat betapa karya seni turut memainkan peranan penting dalam mewujudkan keharmonian, keseimbangan serta kepelbagaian menerusi karya yang dipamerkan.

Menurut Wahid, orang ramai boleh membeli lukisan yang dipamer sekiranya berminat dan sebahagian hasil jualan akan disumbangkan kepada tabung pembangunan Sekolah Agama UTM.

“Para alumni yang terlibat dengan pameran ini berjaya dalam kerjaya masing-masing, namun komited menghasilkan karya seni mengikut minat dan subjek karya masing-masing.

“Sehubungan itu, saya menyeru para pelukis khususnya kalangan mahasiswa yang mempunyai minat melukis agar menjadi seorang pelukis yang menguasai pelbagai bidang sehingga mampu menghasilkan karya masing-masing,” katanya. – BERNAMA

Tags: JohorLukisanUiTMUTM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Anwar Lontar Laungan Keramat: “Lawan Tetap Lawan! Membujur Lalu Melintang Patah!”

Anwar Lontar Laungan Keramat: “Lawan Tetap Lawan! Membujur Lalu Melintang Patah!”

17/05/2026
0

JOHOR BAHRU – Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim kembali melontarkan laungan keramat beliau, “Lawan Tetap Lawan!,...

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

17/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) Johor yakin dapat ‘menguburkan’ Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd