• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebih Banyak Premis Diharap Pasang CCTV – Polis Sabah

oleh Ahmad Albab
07/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Polis Sabah berharap lebih banyak premis termasuk kawasan perumahan di negeri ini memasang kamera litar tertutup (CCTV).

Ketua Jabatan Pengurusan Polis Kontinjen Sabah, SAC Omar Mammah berkata rakaman video mampu membantu polis menyiasat pergerakan penjenayah yang seterusnya akan membawa kepada penangkapan.

Jelasnya, CCTV juga merupakan kaedah berkesan dalam mempercepatkan penyelesaian siasatan polis terhadap sesuatu kes.

“Tiada sebarang angka dapat diberikan sekarang, tetapi banyak kes dapat diselesaikan melalui CCTV,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman kerjasama ‘PDRM Safecam’ antara Ibu Pejabat Polis Kota Kinabalu dengan 15 syarikat swasta di sini hari ini.

Ditanya faktor keengganan kebanyakan premis memasang CCTV, Omar berkata antaranya ialah kos pemasangan yang perlu diambil kira serta sikap tidak perduli terhadap aspek keselamatan.

“Terdapat juga tempat seperti kawasan perumahan yang mengamalkan ciri keselamatan lain seperti pemasangan jeriji pada jendela, jadi mereka tidak memikirkan perlu memasang CCTV lagi,” tambahnya.

Terdahulu, Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu, ACP M. Chandra berkata lokasi pemasangan CCTV perlu diambil perhatian oleh semua pemilik premis yang memiliki kemudahan itu.

Menurutnya, kebanyakan CCTV dipasang pada sudut premis yang menghalang rakaman atau dari sudut yang tidak dapat merakamkan wajah penjenayah dengan jelas.

Chandra juga berharap kedai sebabaneka 24 jam dan institusi kewangan turut tampil menjadi anggota PDRM Safecam. – BERNAMA

Tags: CCTV
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pasang CCTV Atas Kepala Demi Keselamatan Anak Gadis

Pasang CCTV Atas Kepala Demi Keselamatan Anak Gadis

16/09/2024
0

ISLAMABAD - Demi menjaga keselamatan anak gadisnya, seorang bapa menggunakan kaedah 'istimewa' yang tular di media sosial. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB...

Pendakwaan Mohon CCTV Berkait Warga Israel Tidak Didedah Kepada Umum

Pendakwaan Mohon CCTV Berkait Warga Israel Tidak Didedah Kepada Umum

02/09/2024
0

Kuala Lumpur : Pasukan pendakwaan terhadap kes lelaki Israel yang berdepan dua tuduhan memiliki 200 peluru dan memperdagangkan enam pucuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd