• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Laporan Akhir Memang Tak Nyatakan Dalang Tragedi MH17

oleh Ahmad Albab
16/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Usaha mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab terhadap tragedi pesawat Malaysia Airlines MH17 masih dijalankan oleh Pasukan Penyiasatan Bersama (JIT).

Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman berkata JIT terdiri penyiasat dari Malaysia, Belanda, Ukraine, Australia dan Belgium.

Justeru, beliau berkata sememangnya tiada pihak dituduh bertanggungjawab berhubung nahas pesawat MH17 dalam laporan akhir tragedi itu yang dikeluarkan Lembaga Keselamatan Belanda pada Selasa.

Azharuddin menjelaskan, ini kerana laporan akhir itu dibuat berdasarkan kepada Annex 13 Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) yang hanya meliputi aspek teknikal termasuk mengenal pasti punca nahas.

“Annex 13 ini adalah untuk mencari apa sebenarnya yang berlaku dan buat cadangan supaya perkara sama tidak berlaku lagi pada masa akan datang.

“Ia tidak akan menuduh sesiapapun yang bertanggungjawab kerana itu bukan terma rujukan Annex 13,” katanya kepada Bernama di sini, malam ini.

Lembaga Keselamatan Belanda hari ini mengesahkan pesawat MH17 ditembak jatuh dengan peluru berpandu darat ke udara BUK di ruang udara timur Ukraine tahun lepas.

Pesawat MH17 ditembak jatuh ketika terbang pada ketinggian 30,000 kaki dan terhempas di kawasan bergolak Ukraine berhampiran sempadan Rusia pada 17 Julai 2014.

Kesemua 283 penumpang dan 15 anak kapal pesawat Boeing 777 itu, yang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dari Amsterdam, terkorban. – BERNAMA

Tags: Malaysia AirlinesMH17
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Airlines Kini Penerbangan Rasmi Manchester United

Malaysia Airlines Kini Penerbangan Rasmi Manchester United

22/03/2024
0

KUALA LUMPUR : Malaysia Airlines menjalin perkongsian strategik global dengan kelab bola sepak Inggeris, Manchester United (MU) apabila dinamakan sebagai...

9 Tahun Berlalu, Keluarga Masih Menunggu Jawapan Punca Kehilangan MH370

9 Tahun Berlalu, Keluarga Masih Menunggu Jawapan Punca Kehilangan MH370

07/03/2023
0

KUALA LUMPUR: Sembilan tahun berlalu tanpa sebarang berita yang jelas mengenai kehilangan penerbangan MH370, menyebabkan ahli keluarga mangsa masih menaruh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd