Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Raja Muda Pelawa Pelabur...

BAKU, Azerbaijan – Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamallail  mempelawa para...

Tragedi Go-Kart: Litar Perlumbaan...

KUANTAN - Jalan Sukpa di Indera Mahkota di sini, yang dijadikan litar Perlumbaan...

Kempen BMF Boleh Makan...

KUALA LUMPUR - Kempen pengguna mengutamakan produk keluaran Muslim (BMF) yang sedang digerakkan...

Aidilfitri: JBPM Beku 80...

Kuala Lumpur : Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) membekukan 80 peratus cuti...

Lady Gaga Terima Gelaran ‘Women Of The Year Billboard 2015’

BINTANG terkemuka di Hollywood, Lady Gaga telah menerima gelaran serta anugerah Women of The Year Billboard untuk tahun 2015.

Penyanyi berusia 29 tahun itu berjaya mengatasi dan menggantikan Taylor Swift yang merangkul gelaran tersebut tahun lepas.

LOS ANGELES, CA - SEPTEMBER 20: Lady Gaga arrives for the 67th Primetime Emmy Awards Fox After Party on September 20, 2015 in Los Angeles, California. (Photo by Gabriel Olsen/FilmMagic)

Anugerah yang dianjurkan oleh Billboard dengan kerjasama rangkaian televisyen Lifetime itu adalah untuk mengetengahkan serta menghargai penyanyi wanita yang berada dalam industri muzik tempatan.

Don Mischer Production yang pernah menghasilkan beberapa majlis seperti Anugerah Billboard, Oscars, Emmy dan Superbowl Halftime akan mengendalikan majlis tersebut buat kali pertama di televisyen.


Majlis pada 1 Disember ini di Cipriani Midtown, New York, sebelum ini turut meraikan wanita dalam industri muzik seperti Ariana Grande, Jessie J, Idina Menzel, Charli XCX dan ramai lagi.

Nama-nama selebriti wanita lain yang akan diberi penghargaan serta diraikan dalam majlis tersebut tahun ini akan dikeluarkan tidak lama lagi. – Agensi/MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=WBMhfalkHKc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori