• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kim Swee Buru Kemenangan Ke Atas Laos Esok

oleh Ahmad Albab
07/10/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pengendali sementara skuad Harimau Malaya, Datuk Ong Kim Swee mengintai kemenangan ke atas Laos pada aksi persahabatan antarabangsa kelas ‘A’ di Stadium Thai Army, Bangkok, Thailand esok.

Beliau berkata kemenangan itu bukan sahaja dapat menamatkan kemarau kemenangan skuad Harimau Malaya tahun ini, malah dapat menaikkan keyakinan dan motivasi pemain sebelum berdepan Timor Leste pada aksi kelima kumpulan A pusingan kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 di Stadium Perbandaran Dili, 13 Okt ini.

“Saya harap tiada hujan esok kerana ia bakal memberi gambaran mengenai kekuatan dan kelemahan pasukan untuk kita perbaiki sebelum menentang Timor Leste,” katanya kepada pemberita menerusi aplikasi WhatsApp, hari ini.

Pada masa yang sama, Kim Swee tidak menolak kemungkinan untuk menggunakan kuota enam pemain simpanan yang dibenarkan pada aksi persahabatan itu untuk mencari gandingan pemain yang sesuai di sesetengah posisi sebelum berdepan Timor Leste nanti.

Dalam pada itu, beliau yang juga Ketua Jurulatih skuad Bawah 23 kebangsaan meminta pemain skuad Harimau Malaya supaya tidak memandang rendah kemampuan Laos walaupun pasukan berkenaan mengalami tiga kekalahan berturut-turut pada aksi pusingan kelayakan kumpulan G.

Laos kalah masing-masing 0-2 kepada Lubnan dan Kuwait di tempat sendiri selain diaibkan dengan kekalahan 0-8 kepada Korea Selatan di tempat lawan.

“Kita tidak boleh mengambil mudah (perlawanan menentang Laos). Yang pentingnya di sini, kita harus memikirkan corak permainan kita, apa yang perlu kita lakukan dan terus berdisiplin,” kata Kim Swee. – BERNAMA

Tags: Harimau MalayaOng Kim Swee
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

RENCANA: Masalah Bola Sepak Malaysia Bukan Di Padang, Tapi Mentaliti

RENCANA: Masalah Bola Sepak Malaysia Bukan Di Padang, Tapi Mentaliti

30/03/2026
0

DATUK Dr. Muhamad Akmal Saleh pun puji JDT. Itu realiti yang mungkin buat sesetengah pihak rasa kurang selesa. Bila Akmal...

Rob Friend Dilantik CEO Harimau Malaya

Rob Friend Dilantik CEO Harimau Malaya

31/12/2024
0

Kuala Lumpur : Teka-teki siapa bakal menerajui Harimau Malaya akhirnya terungkai apabila Robert Douglas Friend atau lebih dikenali sebagai Rob...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd