• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Khairuddin Dan Chang Dipindahkan Ke Mahkamah Tinggi

oleh Ahmad Albab
27/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kes bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguam Matthias Chang Wen Chieh yang menghadapi pertuduhan cuba melakukan sabotaj terhadap perkhidmatan perbankan dan kewangan negara, hari ini dipindahkan ke Mahkamah Tinggi di sini.

Majistret Siti Radzeah Kamarudin membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Masri Mohd Daud ketika kes disebut di hadapannya hari ini.

Terdahulu Masri mengemukakan surat izin pihak pendakwa raya kepada mahkamah bagi kes Khairuddin dan Chang dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Peguam Mohamed Hanif Khatri Abdulla yang mewakili kedua-dua tertuduh tidak membantah permohonan itu, bagaimanapun beliau memohon Mahkamah Tinggi menyebut kes itu hari ini bagi membolehkannya mengemukakan isu jaminan terhadap anak guamnya.

Siti Radzeah memaklumkan tarikh sebutan kes itu akan ditetapkan oleh Mahkamah Tinggi.

Khairuddin, 53, dan Chang, 65, kedua-duanya memakai kemeja-T putih, melemparkan senyuman sambil melambaikan tangan kepada anggota keluarga sejurus memasuki mahkamah.

Isteri Khairuddin, pelakon Datin Seri Umie Aida juga hadir.

Khairuddin, dan Chang, didakwa melakukan kesalahan itu di lima lokasi – pejabat Ketua Bahagian Jenayah Ekonomi dan Kewangan Perancis di Paris, Balai Polis Charing Cross London, United Kingdom, pejabat Peguam Negara Switzerland di Bern, Balai Polis WaiChan, Hong Kong, dan ibu pejabat polis Cantoment, Singapura – antara 28 Jun hingga 26 Ogos tahun ini.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 124L Kanun Keseksaan (Akta 547) dan dibaca bersama-sama Seksyen 34 kanun sama, yang membawa hukuman penjara maksimum 15 tahun.

Pada 19 Okt lepas Mahkamah Tinggi merujuk kes Khairuddin dan Chang ke Mahkamah Persekutuan bagi menentukan sama ada pertuduhan yang mereka hadapi boleh dibicarakan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) Akta 2012 (SOSMA).

Mahkamah tertinggi negara itu akan memutuskan tiga persoalan undang-undang iaitu adakah pertuduhan terhadap tertuduh mengikut Seksyen 124L Kanun Keseksaan, di luar lingkungan perlembagaan SOSMA?

Jika jawapan kepada persoalan pertama adalah ya, adakah tertuduh mempunyai hak untuk dibebaskan dengan ikat jamin dengan serta-merta?

Jika jawapan kepada persoalan pertama adalah tidak, haruskah perbicaraan terhadap kedua-dua tertuduh dijalankan di Mahkamah Sesyen mengambil kira peruntukan hukuman tertakluk di bawah Seksyen 124L Kanun Keseksaan?

Mahkamah Persekutuan menetapkan 3 Nov ini untuk mendengar perkara itu. – BERNAMA

Tags: 1MDBKhairuddin Abu HassanMatthias Chang Wen ChiehsabotajSOSMA
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Masalah Pinda Akta MARA Selagi Hak Bukan Bumiputera Tidak Terjejas, Terancam – Lim Guan Eng

Tiada Masalah Pinda Akta MARA Selagi Hak Bukan Bumiputera Tidak Terjejas, Terancam – Lim Guan Eng

06/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng mengingatkan sebarang pindaan terhadap Akta Majlis Amanah Rakyat (MARA) 1966 tidak boleh...

Segerakan Siasatan, Dedah Petualang Dakwaan Komplot Sabotaj Negara

Segerakan Siasatan, Dedah Petualang Dakwaan Komplot Sabotaj Negara

28/02/2026
0

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) diminta segera menjalankan siasatan menyeluruh dan mendedahkan petualang yang terbabit serta bersubahat dalam dakwaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd