Tuesday, May 14, 2024

Creating liberating content

Agong Berharap Perbanyak Program...

PUTRAJAYA - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah melahirkan harapan...

“Nanti Bil Air Kita...

SUDAH pasti ramai antara kita inginkan kehidupan yang serba serbi mewah biar pun...

Wanita Topless Di Pantai...

SEKUMPULAN wanita di Brazil membuat demonstrasi dengan membuka bikini/coli mereka ketika bersantai di...

“Menang Tetap Menang” –...

KUALA LUMPUR - "Tidak kira bagaimana anda menang. Menang tetap menang," titah Tunku...

Kes Denggi Di Kedah Menurun

ALOR SETAR – Kes demam denggi di Kedah mencatat penurunan sebanyak 7.3 peratus bagi tempoh 1 Januari hingga 30 September, kata Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr. Norhizan Ismail.

Beliau berkata, 10 kematian demam denggi dicatat di negeri itu berbanding lima kematian dalam tempoh sama tahun lepas dan kes kematian terbaru membabitkan seorang kanak-kanak perempuan berumur 9 tahun dari daerah Kuala Muda pada 29 September.

“Kanak-kanak ini telah dirujuk ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) tetapi meninggal dunia pada 29 Sept 2015,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kes demam denggi di lapan daerah Kedah sepanjang tempoh kajian mencatat peningkatan iaitu Bandar Baharu (tertinggi) diikuti Yan, Baling, Kulim, Kubang Pasu, Kota Setar, Pendang, Padang Terap dan Langkawi, katanya.


Bagi Kuala Muda dan Sik, kes-kes jangkitan demam mencatatkan penurunan, kata beliau dan menambah, pihaknya juga telah memeriksa 274,970 premis sepanjang tempoh itu dan mendapati 4,853 premis membiak jentik-jentik.

Norhizan berkata, jabatan juga mengeluarkan 2,334 kompaun di bawah Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 dan 357 notis arahan kerja pembersihan dan pemusnahan tempat pembiakan nyamuk Aedes. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori