• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kertas Siasatan Terhadap Bekas KM Melaka Selesai – Khalid

oleh Ahmad Albab
10/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menyelesaikan kertas siasatan berhubung kenyataan bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik yang mendakwa kononnya Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah telah menukar agama.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya sedang menunggu arahan daripada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.

“Kita tahu dia (Rahim) ada beberapa kali memohon maaf kerana kenyataannya tetapi itu terpulang kepada pihak Jabatan Peguam Negara untuk menyiasatnya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika hadir memberi penghormatan terakhir kepada bekas Pesuruhjaya Polis Sarawak, Tan Sri Yuen Yuet Leng yang meninggal dunia semalam, di Pusat Xiao En, Jalan Kuari, Cheras, di sini, hari ini

Khalid berkata polis menerima beberapa laporan polis berhubung kes berkenaan.

Beberapa laporan media sebelum ini melaporkan Abdul Rahim telah memuat naik status di laman sosial miliknya mendakwa Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah telah murtad.

Pada 30 Sept lalu, Dewan Diraja Selangor menafikan sekeras-kerasnya dakwaan kononnya Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah telah menukar agama. – BERNAMA

Tags: khalid abu bakarSultan Selangor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sultan Selangor Seru Orang Melayu Bersatu, Perpecahan Melemahkan Kedudukan Bangsa Di Tanah Air Sendiri

Sultan Selangor Seru Orang Melayu Bersatu, Perpecahan Melemahkan Kedudukan Bangsa Di Tanah Air Sendiri

21/05/2026
0

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah supaya orang Melayu dan umat Islam negara ini terus bersatu...

“Patik Amat Menghormati Dan Sentiasa Mematuhi Prinsip Rukun Negara” – ADUN Seri Kembangan, Wong Siew Ki

“Patik Amat Menghormati Dan Sentiasa Mematuhi Prinsip Rukun Negara” – ADUN Seri Kembangan, Wong Siew Ki

20/05/2026
0

SHAH ALAM - AhIi Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Wong Siew Ki menegaskan beliau amat menghormati dan sentiasa mematuhi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd