• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Selangor Beri RM2 Juta Kepada 4 Sek. Persendirian Cina

oleh Ahmad Albab
16/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan Selangor memberi dana RM2 juta kepada empat sekolah persendirian Cina di negeri itu semalam bagi membantu memajukan sekolah-sekolah beraliran Cina di Selangor.

Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, sumbangan itu juga bagi menghargai jasa sekolah persendirian Cina ke atas pembangunan negeri itu selama ini.

“Saya kagum dengan watak dan pembawakan Sekolah Kwang Hwa sebagai sebuah institusi pendidikan yang mengingatkan beliau kepada madrasah tradisional, sekolah-sekolah katolik dan sekolah awam British,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Nik Nazmi menyerahkan cek berjumlah RM2juta kepada 4 Sekolah Persendirian Cina itu dalam satu majlis yang diadakan di Sekolah Menengah Persendirian Kwang Hua,Taman Eng Ann, Klang.

Beliau menegaskan, kerajaan Selangor akan terus berusaha membantu sekolah persendirian Cina dan antara langkah yang telah diambil adalah dengan mengiktiraf Unified Examination Certificate (UEC).
Menurutnya, UEC akan diiktiraf di peringkat negeri Selangor iaitu oleh Universiti Selangor (UNISEL) dan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).

“Malah KUIS juga telah mula mengiktiraf UEC di dalam beberapa program,” tegasnya.

UEC yang mengajar muridnya mengikut acuan dan fahaman Cina serta Taiwan dibantah ramai pihak daripada diiktiraf di Malaysia kerana didapati bercanggah dengan dasar pendidikan negara.

Silibus UEC dibahagikan kepada tiga tahap iaitu Menengah Rendah atau Junior Middle (UEC-JML), Vokasional (UEC-V), Menengah Tinggi atau Senior Middle (UEC-SML) yang kesemuanya menggunakan bahasa Mandarin.

Pengiktirafan sijil UEC untuk memasuki universiti tempatan dikhuatiri akan mendatangkan impak jangka panjang kepada perpaduan rakyat Malaysia kerana pelajarannya bercanggah dengan Falsafah Pendidikan Negara. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Kaum CinaKerajaan SelangorSekolah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Aminuddin Buat Lawatan Rasmi Ke Sekolah, Teruskan Tugas MB Negeri Sembilan

Aminuddin Buat Lawatan Rasmi Ke Sekolah, Teruskan Tugas MB Negeri Sembilan

28/04/2026
0

SEREMBAN – Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun meneruskan tugas rasmi beliau walaupun berdepan dakwaan kehilangan sokongan majoriti...

Tiada Kompromi Isu Keselamatan Murid, Warga Sekolah – Fadhlina

Tiada Kompromi Isu Keselamatan Murid, Warga Sekolah – Fadhlina

22/01/2026
0

SHAH ALAM - Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor sedang melaksanakan siasatan dalaman berhubung kejadian murid cedera ditampar di sebuah sekolah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd