• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kementerian Pendidikan Rangka Peraturan Larang Vape Di Sekolah

oleh Ahmad Albab
31/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA NERANG – Bahagian Pengurusan Sekolah Harian dan Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama sedang merangka peraturan tentang larangan penggunaan rokok elektronik atau vape di sekolah.

Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, peraturan tentang larangan penggunaan vape di sekolah tidak banyak berbeza dengan larangan merokok di sekolah.

“Kementerian berharap ibu bapa dapat mengawal anak-anak (tentang penggunaan vape), jika hanya bergantung kepada sekolah sahaja tidak boleh. Jika sekolah dan ibu bapa serta pelajar itu sendiri mempunyai tanggungjawab, maka saya ingat tidak ada masalah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri pertandingan memasak bubur Asyura dan majlis bacaan Yassin anjuran Wanita UMNO Bahagian Padang Terap di Padang Kerasak, Naka, di sini hari ini.

Kabinet dalam mesyuarat mingguannya semalam memutuskan tidak mengharamkan penggunaan vape walaupun Kementerian Kesihatan melahirkan kebimbangannya tentang penggunaan rokok elektronik itu.

Mengenai usaha Malaysia untuk menduduki kerusi Lembaga Eksekutif Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNESCO) bagi penggal 2015-2019, Mahdzir melahirkan keyakinan terhadap usaha negara itu.

Kementerian Pendidikan, katanya mendapat kerjasama yang baik daripada kementerian-kementerian lain serta kedutaan dalam memastikan Malaysia muncul sebagai satu dari enam negara yang berjaya menduduki kerusi itu.

“Usaha melobi itu telah berjalan lama melibatkan banyak kementerian dan kita akan terus melobi dan saya akan bertemu dengan menteri-menteri daripada benua-benua berasingan,” katanya.

Beliau yang akan ke Paris dalam jangka masa terdekat untuk menghadiri Persidangan Agung UNESCO ke-38 pada 11 Nov ini akan bertemu menteri daripada benua Afrika, kepulauan Pasifik, Asia serta Eropah.

“Pencalonan Malaysia untuk kerusi eksekutif UNESCO itu telah mendapat sokongan negara-negara ASEAN bersama-sama Vietnam,” katanya dan menambah, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim akan turut berada di ibu negara Perancis itu. – BERNAMA

Tags: Kementerian Pendidikanrokok elektronik
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Unit Udara Bomba & Pasukan MUST Sedia Hadapi Bencana Banjir

Next Post

Kanak-Kanak Hilang Di Pantai Irama Dijumpai Mati Lemas

Related Posts

Kementerian Pendidikan Garis 7 Langkah Tangani Beban Tugas Guru

Kementerian Pendidikan Garis 7 Langkah Tangani Beban Tugas Guru

10/07/2025
0

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) menggariskan tujuh langkah bagi mengurangkan beban tugas guru termasuk memansuhkan acara tidak berimpak tinggi dan melantik...

Belanjawan 2023: Produk Cecair, Gel Ada Nikotin Akan Dicukai

Belanjawan 2023: Produk Cecair, Gel Ada Nikotin Akan Dicukai

24/02/2023
0

Kuala Lumpur: Duti eksais dikenakan ke atas produk cecair atau gel mengandungi nikotin yang digunakan untuk rokok elektronik dan vape,...

Next Post

Kanak-Kanak Hilang Di Pantai Irama Dijumpai Mati Lemas

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd